Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berakhir Isnin ini, dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

Tempoh lanjutan PKPP ini diumumkan melalui perutusan khas sebentar tadi oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Beliau berkata, pelanjutan tempoh PKPP mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih digunakan dan tetap berkuat kuasa.

"Kita mahu memastikan semua pihak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan," katanya.