Umum SOP pemakaian pelitup muka minggu ini
- Details
- Sheqal Danish
- Dalam Negeri
- Hits: 446
KUALA LUMPUR - Pengumuman terbaharu mengenai prosedur operasi standard (SOP) pelitup muka akan diumumkan minggu ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya akan mengumumkan kelonggaran demi kelonggaran berkenaan SOP pematuhan dan penguatkuasaan selari dengan kejayaan negara mengawal pandemik Covid-19.
“Tunggulah minggu ini”, kata Khairy Jamaluddin ketika ditanya media baru-baru ini mengenai kelonggaran pemakaian pelitup muka.
Sebelum ini, ada khabar angin kononnya kerajaan akan melonggarkan SOP pemakaian pelitup muka memandangkan negara kini sedang menuju ke arah Fasa Peralihan ke Endemik.
Bagaimana pun, menerusi pandangan orang ramai melalui komen-komen dalam laman media sosial, ramai yang mahu pemakaian pelitup muka dikekalkan sekiranya kerajaan memberi kelonggaran nanti.
Malah, ramai juga ramai yang mahu terus memakai pelitup muka kerana masih bimbang dengan penularan wabak Covid-19.