IPOH- Seramai 13 orang usahawan menerima Anugerah United Entrepreneurs Awards (UEA) berdasarkan rekod kecemerlangan dalam menyokong ekosistem keusahawanan negara.

Anugerah berprestej itu telah disampaikan oleh DYAM Tuanku Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah pada malam Majlis Amal Nostalgia Legenda (MANL) yang berlangsung di Royal Perak Golf Club (RPGC) baru-baru ini.

Penasihat Majlis Amal Nostalgia Legenda (MANL), YM Dr Raja Putra Shah berkata kualiti keusahawanan amat penting dalam menjamin kejayaan seseorang usahawan. Kualiti keusahawanan boleh diukur berdasarkan faktor keperibadian dan orientasi keusahawanan.

Anugerah ini selain dari penghargaan ia juga mampu mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif untuk menyokong agenda pembangunan keusahawanan negara yang inklusif, seimbang dan mampan.

Ia juga boleh menjadi sumber inspirasi kepada usahawan baharu agar mereka sentiasa kekal dalam momentum mencipta idea-idea baru dan berinovasi secara konsisten untuk pembangunan produk atau perkhidmatan.

Para penerima anugerah ini terdiri dari usahawan tempatan yang telah dipilih berdasarkan prestasi dan kecemerlangan mereka. Pada masa hadapan kita mengalu-alukan penyertaan usahawan dari luar negara,” katanya ketika ditemubual selepas Majlis Amal Nostalgia Legenda yang menampilkan empat orang artis lagenda tanahair.

Kesemua penerima UEA itu ialah:

  • Most Influential Young Entrepreneur 2022, Md Bipul Nazir (H Healthcare Berhad).

  • Excellent Achievement in Information Technology 2022, Aiman Loh (SHT Engineering Sdn. Bhd).

  • Best Creative Events Solutions 2022, Chis Lo (Creative Events Solution).

  • Excellent Achievement in Training & Sevices 2022, Dato’ Dr. Stanley Chew, mewakili (Semenyih Eco Venture Village).

  • Excellent Achievement in Cross- Border E-commerce Health & Reverse Aging Products 2022, Sarah Chin Chew Wooi (Amazingly IND Sdn. Bhd).

  • Excellent Achievement in Lift and Elevator Insdustry 2022, Mohd. Alwi Misman (East Asia Elevator Sdn. Bhd).

  • Corporate Legal Advisor of the Year 2022, Lai Chee Hoe (Messrs Chee Hoe & Associates).

  • Best Women Inspiring Leadership 2022, YM Tengku Khairul Adena Tengku Abdullah (MEEDC Malaysia).

  • Excellent Achievement in Medical Gas Industry 2022, Ir. Lee Wan Han (PTL Technology Sdn. Bhd).

  • Best Innovative Nutrition 2022, Dexter Au Tugiono (Dex Nutritions Sdn. Bhd).

  • Excellent Technology Innovation 2022, Muhammad Ohidul Islam Dr Nurul Islam (VOM Media (M) Sdn. Bhd).

  • Excellent Legal Service Award 2022, Esther Ong, Tengku Saiful & Sree (ETS & Co.).

  • Excellent Achievement in Fashion Garment Industry 2022, Jimmy Leong Chee Chong (NYCE Apparel Enterprise Sdn. Bhd).

Malam bersejarah dan julung kali diadakan itu, dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan New Global Sdn. Bhd serta disokong oleh SME Perak.

Objektif utama pengajuran MANL ialah untuk mengumpul dana bagi membantu artis-artis tanahair yang terkesan akibat pandemik Covid-19 terutamanya artis di era 80-an.