HULU PERAK - Dua pelombong haram berjaya ditahan sewaktu serbuan Penguatkuasa Pejabat Daerah Hulu Perak baru-baru ini.

Pelombong terbabit dikenal pasti telah menjalankan aktiviti melombong bijih timah di Hutan Simpan Kenderong, di sini.

Hasil dari pemeriksaan tersebut, pihak berkuasa turut merampas enam buah motosikal beserta peralatan perlombongan dan khemah.

Semua bahan bukti itu dibawa ke Stor Rampasan Bandariang, Gerik. 

Bagaimanapun, beberapa orang suspek lain berjaya melarikan diri semasa serbuan dibuat.

Berikutan itu, kes itu telah dilaporkan di Balai Polis Gerik dan suspek yang ditahan telah dilepaskan dengan Bon Jaminan Polis setelah keterangan mereka diambil.

Jika sabit kesalahan suspek akan didakwa di bawah seksyen 32 dan Akta Perhutanan Negara 1984 iaitu kesalahan menjalankan sebarang aktiviti tanpa kebenaran dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK).

Suspek dikenakan denda tidak melebihi dari RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua – duanya sekali.

Walau bagaimanapun ianya akan diputuskan setelah siasatan lengkap dijalankan oleh pihak penyiasat Jabatan Perhutanan Negeri Perak.