IPOH- Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terpaksa akur serta sekali gus gagal mempertahankan kedudukan Menteri Besar Perak setelah tidak mendapat sokongan majoriti selepas usul undi percaya yang dibuat ke atasnya tidak mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak tadi.

Speaker DUN, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid membuat keputusan itu selepas proses pengundian belah bahagi dilakukan secara sulit terhadap usul yang dibawa ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Abdul Manaf Hashim hanya mendapat sokongan 10 undi, 48 undi menolak manakala satu undi rosak. 

Ahmad Faizal yang memegang jawatan Menteri Besar Perak sejak 2018 itu berharap segala inisiatif kerajaan yang baik untuk rakyat dapat diteruskan pada masa akan datang.