PETALING JAYA, 19 FEB : Kerajaan menyasarkan 500 ribu peluang pekerjaan dalam ekonomi digital melalui perkhidmatan teknologi internet 5G yang bakal dinikmati oleh rakyat.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi plan inisiatif My DIGITAL kerajaan menggalakkan sebanyak 875,000 perusahaan micro kecil dan sederhana menerusi guna E-dagang.

“Insistif ini juga akan menjadi titik tolak untuk menarik pelaburan baru dalam sektor digital sebanyak 70 billion ringgit dari dalam dan luar negeri. Seterusnya kerajaan menyasarkan tahap sektor produktiviti akan meningkat 30 peratus lebih tinggi menjelang 2030.

“Teknologi 5G menjanjikan capaian internet lebih laju yang  akan mula dinikmati rakyat secara berperingkat menjelang hujung tahun ini dan Malaysia akan menjadi antara negara pertama di Asia Tenggara yang membina ekosistem perkhidmatan itu’,  katanya sewaktu berucap pada majlis pelancaran MyDIGITAL & Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia secara maya, hari ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan berhasrat memperkasakan setiap rakyat malaysia  memperbaiki kehidupan  dalam setiap aspek antaranya ia merangkumi ideal dan plan untuk meningkatkan literasi digital.

“Selain dari mewujudkan peluang perkerjaaan berpendapatan tinggi ianya juga menjadikan urusan perbankan lebih mudah serta teratur.

“Dari segi pendidikan ianya memberikan akses pendidikan secara maya kepada anak-anak serta membawa perubahan perubatan ke serata pelusuk.

“Pelan hala tuju trasformasi digital ini mampu mengupayakan sektor perniagaan untuk bersain di pentas global dengan memantapkan kecepatan semua operasi”, katanya. - Peraktastic