PETALING JAYA: Kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech Covid19 telah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang.

Ketibaan vaksin itu dibawa oleh pesawat Airbus 330-300, Penerbangan Malaysia Airlines MH604 yang dikendalikan oleh MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo), mendarat sekitar jam 10.10 pagi.

Melalui sumber berita Bernama Penerbangan MH604, bersama warna Jalur Gemilang melambangkan vaksin untuk rakyat Malaysia, mendarat dengan kumpulan pertama dari 312.390 dos vaksin Pfizer-BioNTech.

Antara yang hadir menyaksikan ketibaan vaksin itu ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Nasional, Khairy Jamaluddin dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Perjalanan vaksin dari kilang Pfizer di Belgium dikendalikan oleh syarikat farmasi Pfizer dan DHL, pemimpin dalam industri logistik, di bawah kerjasama bersama untuk pengangkutan antarabangsa vaksin.

Vaksin itu meninggalkan Puurs di Belgia dan dalam perjalanan di Lapangan Terbang Leipzig Halle di Jerman, sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk diedarkan ke negara-negara Asia Pasifik, termasuk Malaysia.

Kementerian Kesihatan (KKM), bagi pihak kerajaan Malaysia, telah membuat perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd pada 11 Januari tahun ini untuk pembelian vaksin Pfizer-BioNTech.

End//