Teh Bunga Bunga Telang - Air Biru Yang Berkhasiat!
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Kesihatan
- Hits: 2027
Sejak berabad lama bunga telang digunakan untuk pelbagai menu dalam masakan. Bunga berwarna biru tua ini dijadikan bahan minuman teh herba yang dikatakan mampu melambatkan kesan penuaan.
Di Malaysia, bunga telang atau butterfly-pea (Clitoria ternatea) begitu sinonim sebagai pewarna makanan khususnya bagi nasi kerabu. Menurut kajian bunga telang bermanfaat dijadikan rawatan perubatan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.
Bunga ini secara fizikalnya berbentuk organ luaran seksual wanita. Tanaman ini dikatakan baik untuk sistem pembiakan wanita. Air rebusan bunga dan akarnya digunakan secara tradisional bagi merawat ketidaksuburan dan membetulkan kitaran haid.
Teh herba bunga telang juga dijadikan detox untuk menguruskan badan serta mencuci darah dengan cara mengamalkannya setiap pagi.
Selain itu hasil pengambilan minuman teh herba bunga telang ianya meningkatkan kesihatan otak, melawan kanser, merawat keradangan dalaman, membantu konjunktivitis, baik untuk masalah kulit dan baik untuk kesihatan rambut.
Apapun anggapan terhadap khasiat bunga ini, ianya harus diamalkan secara berterusan barulah hasilnya akan dapat dinikmati.
Mulakanlah dari sekarang apa yang baik untuk kesihatan diri sendiri. Apa yang diperkatakan oleh orang tua-tua iaitu ‘kalah ilmu kerana petua’ ternyata ada kebenarannya.
Berdampinglah dengan alam sekeliling yang memberi 1001 kebaikan untuk kesihatan dan meningkatkan kualiti kehidupan yang lebih baik.