IPOH- Orang ramai berpeluang menikmati diskaun 10% pada setiap pembelian barangan di CoopFarmasi yang memulakan operasi 9 Januari lalu.

CoopFarmasi terletak di Jalan Raja Musa Aziz, Ipoh, Perak merupakan milik Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Perak (KAKIB).

Pengerusinya iaitu En. Khairul Anuar Mohd Noh berkata coopfarmasi KAKIB merupakan salah satu daripada 7 rangkaian farmasi koperasi di bawah program pembangunan koperasi ANGKASA melalui projek Pharma Wellness.

“Coopfarmasi KAKIB menawarkan diskaun pembelian sebanyak 10% kepada bukan keahlian dan 15% untuk anggota koperasi yang berdaftar.

“Kita sedia maklum wabak pendemik covid-19 telah melumpuhkan sektor ekonomi negara seterusnya memberi impak yang besar kepada rakyat. Oleh yang demikian sebagai membantu mengurangkan perbelanjaan orang ramai kita bukan sahaja memberi diskaun untuk setiap barangan malah memberi ‘cash back’ sebanyak 2% dari jumlah pembelian.

“Selain mewujudkan sistem pembelian secara atas talian, Coopfarmasi KAKIB juga menyediakan kemudahan penghantaran secara percuma dan khidmat pemeriksaan kesihatan”, katanya ketika ditemui di Coopfarmasi KAKIB, di sini, semalam.

Sementara itu Presiden ANGKASA, Dato' Abdul Fattah Abdullah berkata penglibatan anggota koperasi secara aktif dalam membangunkan ekonomi koperasi adalah amat penting dalam menjamin kelestarian koperasi.

Presiden ANGKASA, Dato' Abdul Fattah Abdullah berkata ANGKASA merancang untuk meningkatkan jumlah penyertaan koperasi dalam projek tersebut dengan sasaran pembukaan sebanyak 16 CoopFarmasi lagi dalam masa terdekat dan berharap dapat membuka sehingga 100 rangkaian CoopFarmasi menjelang 2025.

“Selain memperkasakan aktiviti jualan, ANGKASA juga melihat pelbagai peluang sampingan seperti pengeluaran produk ubat-ubatan dan lain-lain perkhidmatan berkualiti dengan harga pasaran yang lebih kompetitif.

“Tahniah di atas pembukaan Coopfarmasi KAKIB, saya berharap kesemua anggota koperasi yang berjumlah lebih 6 ribu orang dapat memberi sokongan padu bagi menjayakan matlamat sosio ekonomi KAKIB”,katanya selepas mengadakan lawatan CoopFarmasi, semalam.

Coopfarmasi KAKIB dibuka setiap hari Isnin hingga sabtu bermula.pukul 9 pagi hingga 6 petang.