IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan mempertimbangkan untuk menaik taraf fasiliti dan infrastruktur pasar awam di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbabit. 

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata, pihaknya menerima banyak aduan berhubung pasar awam di bawah MBI yang sudah uzur dan perlu dinaik taraf. 

 

Ipoh- Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan (KKTR) yang dibina sekitar tahun 1973 kini hampir tidak dapat menampung ramai pengunjung yang semakin bertambah.

Setiausaha Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Ahmad Munir Ishak berkata kesesakan yang dialami di KKTR berkait rapat dengan populasi penduduk yang semakin bertambah di daerah itu.

 

Ipoh- Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) terharu kerana terlalu ramai mendoakan kebahagiannya seandainya beliau mendirikan rumah tangga.

Ketika dihubungi Peraktastic, DSV berkata sejak tersebarnya berita beliau bakal melangsungkan pernikahan bersama bekas pembantu peribadinya Ahmad Iqbal Zulkefli, beliau dihujani pelbagai pertanyaan dan mendoakan kebahagiaannya.

"Ya Allah, terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan saya bahagia di dunia hingga ke akhirat.

"Terima kasih banyak-banyak kepada orang Perak kerana sentiasa menyokong dan mendoakan saya. Begitu juga seluruh yang mengenali saya di Malaysia, Singapura dan  Brunai. Setiap hari mencurah-curah doa untuk saya. Hanya Allah yang membalas kebaikan semua, " katanya menerusi pesanan suara WhatsApp hari ini.

Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 50, hanya berkata 'tunggu' apabila ditanya berapakah hantaran ditetapkan kepada pihak lelaki.

Malah beliau meminta orang Perak khususnya agar bersabar menanti pengumuman tarikh pernikahannya.

"Saya akan pastikan persiapan yang rapi dan tampil seperti seorang permaisuri sebagai raja sehari.

"Saya juga sedang mencari lokasi terbaik untuk melangsungkan majlis pernikahan nanti. Apa pun tunggu, insya Allah," katanya sambil diselangi dengan ketawa gembira.

Sementara itu, menjawab soalan apakah anak kesayangannya Cik B bersedia menerima seorang ayah baru, Vida hanya menjawab Cik B masih dalam proses menerima kenyataan.

Vida pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali. Perkahwinan pertamanya dengan seorang lelaki bernama Mohd. Amin Yassin, 43, pada 2000 namun bercerai pada 2008.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikree, Edlynn Zamileen dan Muhammad Eric Zaquan.

Selepas itu penyanyi lagu I am me itu juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Fairuz Ahmad Zainuddin pada Januari 2014 namun berakhir dgn penceraiq pada 7 April 2017.

Manjung- Lumut sebuah lokasi persinggahan membeli belah hasil makanan laut kini seumpama 'pekan zombie'.

Tinjauan Peraktastic ke lokasi pelancongan ini mendapati hampir semua kedai-kedai menjual hasil laut dan pakaian ditutup sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memohon maaf di atas gangguan berhubung perkhidmatan kutipan sampah dan pembersihan yang berlaku di beberapa kawasan di sekitar bandar raya Ipoh. 

MBI dalam satu kenyataan menjelaskan, perkara itu berlaku berikutan proses vaksinasi pekerja-pekerja MBI dan LTC Alam Bersih Sdn Bhd sedang giat dilaksanakan bagi memastikan pekerja-pekerja terbabit dilindungi sekaligus menyumbang kepada imuniti kelompok yang disasarkan oleh kerajaan.