IPOH: Lebih 10,000 pengunjung membanjiri Dataran Bandaraya Ipoh seawal jam 6 petang bagi menyaksikan sambutan Ambang Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak 2022, di sini malam tadi.

Kemeriahan luar biasa itu dirasai segenap lapisan masyarakat selepas dua tahun disambut secara sederhana susulan kekangan pandemik COVID-19.

IPOH - Kurang dua jam sebelum detik 12 malam, bahang sambutan Hari Kemerdekaan semakin terasa apabila warga bandaraya Ipoh tidak melepaskan peluang menyertai Program Kayuhan Merdeka malam tadi.

Pekarangan jalan di Persiaran Bandaraya (hadapan Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh -MBI) dibanjiri limpahan cahaya apabila lebih 700 peserta pelbagai latar belakang dan lapisan usia terlibat.

BOTA - Demi menerapkan semangat patriotik, seorang pengusaha kek lapis di pekan Bota Kanan dekat sini mengambil inisiatif untuk menghasilkan kek lapis bertemakan Mat Kilau.

Nama pahlawan Melayu Pahang itu diabadikan pada rekaan kek lapis Mimi Rosita @Saadiah Naramu, 59, yang dilihat bertepatan dengan sambutan bulan kemerdekaan.

IPOH: Insentif khusus akan diberikan kepada mana-mana pelan pembangunan pemajuan yang mempraktikkan pembangunan hijau seperti 'green architecture building'.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata ia sebahagian inisiatif yang melibatkan kelestarian alam sekitar, dalam memperkukuh visi menjadikan Ipoh Bandar Rendah karbon menjelang 2030.

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan meneruskan agenda MBI Prihatin dengan sasaran peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi tahun 2023.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin menjelaskan, peruntukan itu adalah hasil sumbangan daripada pihak yang ingin sama-sama berganding bahu membantu golongan kurang bernasib baik.