IPOH- Persidangan Pelancongan Marine Antarabangsa Pangkor 2022 (PPMAP 2022) yang akan berlangsung 9 hingga 12 Mei 2022 bakal menjadikan Pulau Pangkor sebuah destinasi pelancongan nautika pilihan utama di Asia Tenggara.

Pengerusi PPMP 2022 merangkap Presiden Persatuan Pelancong Negeri Perak, Dato’ Mohd. Odzman Abdul Kadir berkata selain dari sejarah dan kehidupan marin yang terpelihara, kedudukan geografi Pulau Pangkor yang strategik iaitu di antara Langkawi - Singapura dan Melaka-Pulau Pinang menjadi faktor utama kenapa ia harus diangkat sebagai sebuah destiansi pelancongan nautika.

IPOH- Tasik Cermin Eco Park akan ditutup daripada lawatan pengunjung setiap kali berlaku hujan lebat dan angin kuat.

Menurut Pengarah Pelancongan dan Korporat, Tasik Cermin Tourism Sdn Bhd., Siti Norlizawati Narawi dalam kenyataan medianya hari ini, paras air di tasik cermin bahagian pertama telah meningkat bermula pada 10 Mac 2022 berikutan hujan lebat setiap hari sejak seminggu yang lalu.

IPOH - Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang semasa melakukan aktiviti riadah di Puncak Jelapang di sini.

Mangsa, Lau Sam, 84, dipercayai melakukan aktiviti tracking di kawasan tersebut pada pukul 3 petang semalam.

IPOH - Pada kelompok penjaja, peniaga dan usahawan yang mencari lokasi berniaga, ini peluang terbaik untuk meneroka rezeki.

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh. (PUBI) mempelawa mereka yang berminat untuk mengisi slot berniaga di lokasi-lokasi bazar Ramadan.

IPOH- Warga bandaraya Ipoh kini berpeluang membeli belah di Pasar Grocer yang menawarkan barangan keperluan harian yang segar dan berkualiti tinggi.

Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin @Md Daud berkata Pasar Grocer bukan sahaja sebagai pusat membeli belah barangan keperluan asas tetapi menyediakan juga khidmat memasak masakan segar ‘on the spot’.