IPOH- Pengajuran E’LU’C Bundle Fest yang julung kali diadakan, mendapat sambutan diluar jangkaan dan menggalakkan.

Penganjurnya, Mohd.Fakeri Ruslan, 40, berkata idea E’LU’C Bundle Fest tercetus apabila melihat ramai peniaga-peniaga barangan terpakai (bundle) mengalami masalah tiada tapak perniagaan yang boleh dikunjungi orang ramai secara serentak.

IPOH - Sebanyak 44 buah rumah penduduk di Taman Tasek Damai di sini yang rosak dalam kejadian angin ribut minggu lalu dibaiki Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini.

Ia melibatkan penghuni di Jalan Tawas Baru 2 dan Jalan Tawas 12, Taman Tasek Damai.

IPOH- Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kini melaksanakan beberapa aktiviti rekabentuk dan pembinaan struktur buluh sebagai permulaan ke arah membangunkan teknologi rendah karbon menjelang 2030.

Aktiviti itu, merupakan kesinambungan Memorandum Persefahaman (MoU) antara MBI dan Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM yang ditandatangani pada Oktober 2019. Ia melibatkan kerjasama dari aspek pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan teknologi pembinaan dan rekabentuk struktur buluh sebagai bahan pembinaan semulajadi yang mampan.

IPOH – Pelaksanaan bazar Ramadan di bandaraya ini pada bulan puasa nanti akan mengikuti pematuhan ketat SOP sepertimana ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) demi mengelak sebarang penularan jangkitan Covid-19.

Bagaimana pun buat masa ini Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) masih belum memutuskan berhubung pelaksanaan bazar Ramadan dan hanya diketahui pada penghujung bulan nanti.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, ketika ini MBI menerima banyak permohonan daripada peniaga dan persatuan untuk mengendalikan bazar Ramadan termasuk tentang sewaan tapak dan lokasi.

“Walaupun kita belum putuskan lagi tentang perkara itu tetapi sambutan yang diterima daripada peniaga amat menggalakkan.

“Bagi pihak MBI, kita juga akan pastikan semua yang memohon dapat berniaga namun buat masa ini jumlah lot niaga dan lokasi belum ditetapkan lagi. Hanya selepas bermesyuarat perkara itu dapat kita muktamadkan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk membantu mangsa ribut di Taman Tasek Damai di sini hari ini.

Program ini melibatkan kerjasama Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) dan Jabatan Pertanian negeri Perak khususnya dari sudut bantuan pertanian.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif SADC, Yahanis Yahya dan Pengarah Pertanian negeri Perak, Norsiyenti Othman.

Jelas Rumaizi, situasi semasa Covid-19 khususnya kebimbangan terhadap penularan varian baru Covid-19, Omicron di negara ini sedang diberi perhatian.

"Aktiviti bazar Ramadan melibatkan pengunjung dan peniaga yang ramai. Justeru jika laksanakan kita akan ikut apa yang ditetapkan oleh MKN demi kebaikan bersama,” ujarnya.

IPOH – Komuniti di bandaraya ini digalakkan untuk mewujudkan kelompok pertanian bandar dalam usaha menghijaukan kawasan di mana Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan memudahkan proses permohonan khususnya melibatkan komuniti baharu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, ini termasuk mematuhi garis panduan ditetapkan dan pada masa sama menjadikan kegiatan bercucuk tanam sebagai penyumbang bekalan sumber makanan pada komuniti tersebut.