- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 698
IPOH - Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Perak mengekal dan melindungi tanah hutan dan kawasan semula jadi darat yang masih ada di Manjung bagi mengimbangi pembangunan fizikal.
Penyelidik Lapangan SAM, Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata, ini kerana pihaknya mendapati keluasan guna tanah hutan di daerah itu semakin berkurangan.
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 707
IPOH - Masih ada pergerakan batu-batu kecil dikesan di kawasan runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai dekat sini menyebabkan operasi mencari mangsa tidak dapat dilakukan.
Dalam kejadian pukul 9.15 pagi semalam, dua mangsa yang tertimbus runtuhan batu dikenali sebagai Itam Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49.
Read more: Operasi cari mangsa pekerja kuari tertimbus sukar
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 678
IPOH- Pengarah Hospital Slim River, Dato’ Dr. Sivanandarajah Satgunam mengingatkan orang ramai yang belum mendapatkan vaksin dan dos penggalak agar berbuat demikian bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 khususnya varian Omicron yang sedang melanda.
Beliau berkata sedemikian, berpandukan peningkatan pesakit-pesakit Covid-19 di wad yang meningkat serta keperluan peralatan perubatan juga bertambah.
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 997
IPOH - Majlis Makan Malam Amal Anuar Zain - Kerana Aku Cinta berjaya mengumpulkan dana bagi menyalurkan bantuan kepada para anggota barisan hadapan yang berperanan besar semasa pandemik Covid-19 serta penggiat-penggiat seni baharu di negeri Perak.
Majlis malam amal yang berlangsung di Ipoh International Convention Centre (IICC) telah dihadiri 1000 orang tetamu. Ia dianjurkan bersama Bond Holdings Sdn. Bhd. (Bond Holdings), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Sycal Ventures Berhad menampilkan penyanyi tersohor tanahair Anuar Zain.
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 905
IPOH - Menteri Besar Incorporated (MB Inc.) melalui anak syarikatnya, Amanjaya TT5 Sdn. Bhd. memperkukuhkan usaha memelihara dan memulihara Kapal Korek Tanjung Tualang No 5 (TT5).
Baru-baru ini MB Inc menjalin usahasama dengan ACF Industries (M) Sdn. Bhd., sebuah syarikat kejuruteraan marin bagi melaksanakan inisiatif tersebut.
Rakan usahasama ini bakal menyediakan perkhidmatan pemulihan, pembaharuan, dan penyelenggaraan Kapal Korek TT5 berusia 83 tahun yang terletak di bekas tapak lombong di Tanjung Tualang, Perak.
Inisiatif memelihara kapal korek yang merupakan salah satu tapak warisan Geopark di Lembah Kinta ini di mulakan dengan mesyuarat awal.
Ia telah ditemerai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak, Anuar Zainal Abidin dan Pengarah Urusan ACF Industries, Hamly Mohd Salleh serta disaksikan oleh Pengurus Amanjaya TT5 Sdn. Bhd, Shahrin Zainon.
Antara lain, kedua-dua pihak akan bekerjasama rapat dengan industri dan fakulti-fakulti kejuruteraan marin untuk tujuan penyelidikan, penghasilan dokumentasi SOP proses-proses pemuliharaan.
Ini juga termasuk merakamkan proses rektifikasi dan penyelengaraan.
Rakaman proses-proses pemuliharaan ini akan di buat secara bersiri dan diharap bakal dijadikan rujukan untuk telahan di pusat pengajian mahu pun di sekolah-sekolah.
Ini kerana, Kapal Korek TT5 adalah satu-satu nya kapal korek yang masih ada, lantas perlu direkodkan dengan baik agar terus terpelihara dan menjadi warisan negara.