IPOH: Sekali imbas, Logo Tahun Melawat Perak 2024(TMP2024) seperti seekor burung, namun di sebalik illustrasi abstrak itu terselit pelbagai identiti mencerminkan keunikan negeri Perak.

Ketua Pengawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa berkata terdapat beberapa unsur grafik diketengahkan sebagai dalam membentuk imej tersendiri.

 

Kuala Lumpur - Pembukaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan menjadi satu lagi pintu masuk utama pelancong ke negeri Perak.

Ketua Pegawai Eksekutif WCE, Lyndon Alfred Felix berkata WCE turut dijangkakan akan menjadi pemangkin sosio ekonomi serta komuniti bagi kawasan bandar pesisir di Perak.

“Perhubungan lebuhraya yang efisien dan strategik akan menjadikan negeri Perak sebagai sebuah destinasi yang mudah diakses oleh pelancong tempatan dan antarabangsa.

“Terlaksananya, persimpangan Taiping Selatan serta penghujung lebuhraya di Selangor, akan melancarkan perjalanan ke negeri Perak yang kaya dengan destinasi produk pelancogan yang menarik.

“Sempena Tahun Melawat Perak 2024 (TMP2024),  WCE bersedia memainkan peranan penting dalam membantu memacu pertumbuhan ekonomi negeri dan mencipta peluang baru untuk komuniti setempat,” katanya dalam satu kenyataan media.

Lebuhraya Pantai Barat dan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat adalah projek lebuh raya utama di Malaysia sepanjang 233km dari Banting, Selangor hingga ke Taiping Selatan (Changkat Jering), Perak.

Tambahnya, di Perak WCE melibatkan persimpangan susur keluar terakhir iaitu Taiping Selatan, bersambung secara terus dengan susur keluar persimpangan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Changkat Jering.

“Bermula dari Hutan Melintang, laluan lebuhraya ini akan menelusuri negeri Perak melalui beberapa persimpangan susur keluar iaitu Teluk Intan, Lekir, Sitiawan dan Sitiawan Utara yang menjadi pintu masuk ke Pulau Pangkor.

“Susur keluar Changkat Chermin dan Beruas pula akan menelusuri daerah Perak Tengah seterusnya Trong dan Taiping Selatan.

“WCE adalah komitmen kami untuk meningkatkan dan mempromosi pelancongan negeri Perak disamping memberikan pengalaman perjalanan menarik kepada para pelancong selaras dengan slogan TMP2024 iaitu ‘Promising Perak’, “ katanya. -Peraktastic-

IPOH: Bukan sekali, tetapi berkali-kali inisiatif dan usaha dipacu bagi menghidupkan kawasan yang dahulunya terkenal dengan hab perkhidmatan bas Medan Gopeng dan kini dinamakan Kompleks Silveritage.

Namanya cukup indah, unik dan segar namun sayangnya bangunan ini seperti tidak berpenghuni, kalau ada pun hanya ada beberapa buah yang kekal beroperasi.

 

Kuala Lumpur: Sempena Tahun Melawat Perak 2024 (TMP2024), Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad yakin sasaran 8 juta pelancong domestik dan 325,000 pelancong asing dengan jangkaan nilai resit pelancongan mencecah RM10 bilion bakal terlaksana.

Menurutnya, negeri Perak mencatatkan peningkatan kedatangan pelancong kedua tertinggi dalam negara iaitu seramai 6.9 juta pelancong berbanding hanya 1.35 juta pelancong yang direkodkan pada 2021.

IPOH- Warga Ipoh diingatkan supaya tidak melepaskan diskaun sehingga 50 peratus pakej pelancongan domestik sempena Cuti-Cuti Malaysia 2023.

Diskaun hebat itu ditawarkan selama selama tiga hari bermula 14 hingga 16 Julai 2023 sempena Jerayawara Jom Cuti-Cuti Malaysia (JCCM) 2023 di AEON Mall Kinta City Ipoh.