Di manakah destinasi bufet menarik untuk sesi iftar anda bersama keluarga tahun ini?

'Nostalgia Balik Kampung' yang bakal menyajikan pelbagai menu tradisional warisan Melayu lama yang mampu mengubat kerinduan berbuka puasa di kampung halaman.

The Haven All Suite Resort, Ipoh yang terkenal dengan elemen persekitaran semulajadi dan mewah, memeriahkan iftar Ramadan anda dengan menyajikan lebih 50 jenis juadah berbuka puasa bermula 4 hingga 29 April 2022.

Eksekutif Chef The Haven, Shamsul Azham berkata bagi menjamin mutu makanan yang sihat dan lazat, setiap sajian yang disediakan hanya menggunakan bahan-bahan segar dan berkhasiat tanpa penggunaan bahan penambah perasa atau MSG.

“Itik Salai Lemak Cili Padi dan Sup Gearbox antara sajian utama yang menjadi kegemaran pengunjung setiap tahun. Kambing Paratal dan Daging Panggang Air Asam juga menjadi rebutan kerana kelembutan struktur dagingnya diperap selama 48 jam bersama rempah ratus yang diimport dari negara India.

“Menu bufet juga akan berubah pada setiap hari bagi menampakkan kepelbagaian citarasa yang membangkitkan selera pengunjung. Kami juga menampilkan lima gerai juadah iaitu gerai makanan Arab, gerai bakar (memanggang), gerai sup, gerai mee daan gerai gorengan. Disamping itu juga terdapat 25 jenis hidangan utama dan 30 jenis pembuka selera serta pemanis mulut.

“Antara menu lain ialah Gulai Ikan Masin, Nangka Muda Masak Lemak, Kari Kepala Ikan Bendi, Kambing Peratal, Ayam Masak Merah, Daging Panggang Air Asam, Sotong Tumis Saleri, Udang Sambal Petai, Nasi Hujan Panas, Bubur Lambuk, Bubur Pulut Hitam dan banyak lagi”, katanya. 

Bufet Ramadan yang diadakan di Cuisines Restaurant termasuk persekitarannya, boleh menampung lebih kurang 300 orang pengunjung pada satu masa. Begitu juga kemudahan ruang solat yang selesa bersama seorang imam disediakan bagi mengetuai solat sunat Terawih.

Harga untuk seorang dewasa ialah RM105++ (RM121.80 bersih) dan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun serta warga emas dikenakan RM85++ (RM98.60 bersih). Kanak-kanak di bawah enam tahun tidak dikenakan bayaran namun tertakluk kepada dua orang kanak-kanak bersama dua orang dewasa.

Pihak pengurusan turut menawarkan harga tempahan awal sebanyak RM85++ (RM98.60 bersih) untuk dewasa dan RM70++ (RM81.20 bersih) untuk kanak-kanak dan warga emas.

Sekiranya anda menginap di sini, untuk pakej penginapan dan makan malam bolehlah membuat tempahan terus secara ke pihak The Haven untuk menikmati penjimatan bufet Ramadan dan
makan malam sebanyak 50%.

Tempahan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi 05-540 0010 untuk bufet Ramadan. Bagi Pakej Penginapan dan Makan Malam pula anda boleh hubungi di talian 05-540 0000 / 05-540 0005 atau layari laman web www.thehavenresorts.com.

-PERAKTASTIC-