TAIPING - Seramai 13 orang pencinta unggas dan alam semujadi berjaya merangkul hadiah utama dan saguhati dalam Pertandingan Fotografi Burung (Hard Disk Drive 2021) sempena satu program pelancongan di daerah ini, pada awal Oktober .

Tempat pertama pertandingan itu dimenangi oleh Yoong Beng Wah dari Simpang, Taiping; tempat kedua pula dimenangi oleh Wee Gek Sim, Pulau Pinang manakala tempat ketiga, Hee Chee San, Ipoh, Perak

Sementara itu, hadiah saguhati dimenangi oleh Haji Luntar Pungut, Hooi Kum Woh, Joshua Lim Meng Yew, Koay Zhong Ying, Kong Yoke Ying, Lee Hock An, Liow Chien Ying, Roslan Mohd Darus, Soo Kai Oon dan  Victor Loo.

Dalam pada itu, Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir berkata, ini adalah kali kedua acara seumpamanya diadakan sempena program ‘Taiping Bird Week 2021’ (TPW).

“Kali pertama ia telah diadakan pada tahun 2017. Ketika itu sambutan yang diterima amat menggalakkan terutamanya daripada para peserta yang terdiri daripada pencinta unggas dan alam semulajadi.

“Memandangkan sambutan memberansangkan, maka MPT tidak teragak-agak untuk meneruskan acara pada kali ini sungguhpun kita berdepan dengan kemelut pandemik COVID-19,” katanya.    

Beliau berkata demikian sempena ajlis penutupan acara pelancongan TPW 2021, di Dewan Teratai@Penthouse, MPT, baru-baru ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Pelancongan Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Datuk Mohammed Radzi.

Khairul Amir berkata, daerah Taiping merupakan lokasi yang amat unik, subur serta kaya dengan kepelbagaian biologinya yang memberikan manfaat dan faedah samaada secara langsung mahupun tidak langsung.  

“Salah satu daripadanya ialah dari sudut pelancongan dan kelestarian alam untuk generasi akan datang dan bagi meraikan keistimewaan ini, MPT telah melaksanakan program serta menampilkan produk pelancongan daerah untuk pengunjung dari dalam dan luar negara,” tambahnya.

Sementara itu katanya, bagi produk pelancongan di adalah seperti Zoo Taiping & Night Safari, Bukit Larut, Taman Tasik Taiping, Taman Botani dan Hutan Paya Laut Kuala Sepetang.

Jelas beliau, antara penyokong kuat acara TPW, adalah Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam Zoo Taiping & Night Safari atau NEST yang dijalankan secara  atas talian susulan arahan Pematuhan SOP Pelan Pemuliharan Negara.

Persiapan telah dilakukan bermula bulan Ogos 2021 dengan melibatkan seramai 10 orang kru ke beberapa lokasi yang menjadi tumpuan kepada pengisian program kali ini.

“Selaku penganjur, MPT dan NEST amat berharap agar penganjuran acara seumpama ini akan dapat diteruskan setiap tahun kerana program ini dapat memupuk minat dan kesedaran masyarakat terhadap aktiviti berkaitan dengan avi fauna (audio video interleave) sekaligus mengajak masyarakat untuk menjaga dan mengekalkan persekitaran yang hijau dan sihat. 

“Dengan peruntukan sebanyak RM 10,000 yang disumbangkan oleh kerajaan negeri, dapat kami laksanakan pertandingan fotografi yang menjadi ‘pocket program’ dalam acara ini.” 

Beliau yakin bahawa acara pelancongan taiping bird week 2021 mampu membuka pintu kepada peminat-peminat alam semula jadi, khususnya peminat aktiviti burung, sama ada bird watching, bird photography serta pengkaji-pengkaji flora dan fauna untuk datang dan menghabiskan beberapa hari di situ  demi memenuhi minat atau pengkajian mereka.

TAIPING BIRD WEEK 2021

Aktiviti berkaitan pengamatan burung turut membuka peluang kepada orang ramai khususnya yang berminat untuk mendapatkan maklumat secara terperinci melalui perkongsian-perkongsian ilmu di sepanjang program berlangsung iaitu mulai 1 hingga 7 oktober 2021.

Beberapa penemuan yang menarik tentang burung yang terdapat di daerah ini dan fakta-fakta tersebut boleh menjadi daya tarikan kepada aktiviti ‘birding’ di masa hadapan.  

Bentuk muka bumi daerah larut matang yang pelbagai dan unik membolehkan tiga kumpulan atau spesis burung menjadikannya habitat sama ada sementara ataupun kekal iaitu spesis burung pantai, spesis burung tanah rendah dan spesis burung tanah tinggi.

Terdapat pelbagi spesis burung yang jarang ditemukan menjadi penghuni tetap di taiping, khususnya di Taman Tasik Taiping dan Bukit Larut iaitu Enggang Badak, Longtailed Parakeet, Cattle Egret, malahan beberapa bulan lalu sepasang burung hudhud telah berjaya menetaskan enam ekor anak di sana.  

Sesi webinar yang berlangsung selama 5 hari mulai 2 oktober 2021 hingga 6 oktober 2021 telah berjaya menarik lebih 7,000 ‘viewers’ dan jumlah ‘reach’ melebihi 10,000 orang.  

Sungguhpun ia dilaksanakan secara maya namun capaiannya amat memberangsangkan dan sekaligus membuktikan bahawa pelancongan berasaskan alam semulajadi semakin mendapat tempat di hati masyarakat.

Aktiviti ‘birding’ ini akan menjadi satu lagi tarikan di sini sehingga taiping serta larut matang menjadi salah satu dari beberapa ‘birding circuit’ yang terdapat di malaysia dan mungkin di peringkat antarabangsa di masa hadapan.

AGENSI-AGENSI TERLIBAT 

Agensi-agensi yang turut membantu iaitu :

  • Jabatan Zoo Taiping
  • Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia,
  • Wild Bird Club Malaysia,
  • Ecotourism And Conservation Society (Ecomy),
  • Malaysia Nature Society, Perak,
  • Taiping Bird Community,
  • Shorebird Peninsular Malaysia Project,
  • Malaysian Rainforest Station,
  • Tourism Perak Management Berhad
  • Encik Rizanudin Bin Nordin

 

SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN FOTOGRAFI BURUNG (HARD DISK DRIVE 2021) TAIPING BIRD WEEK 2021

 

Pertama - Yoong Beng Wah, Simpang, Taiping

Kedua - Wee Gek Sim, Pulau Pinang

 

 

Ketiga - Hee Chee San, Ipoh, Perak