Terletak di lokasi paling utara Negeri Perak, daerah Kerian sememangnya terkenal dengan pertanian dan perikanan.

Berbicara lebih lanjut di slot ‘PBT dan Anda’ menerusi siaran pagi Radio MBI, baru-baru ini, bersama Pembantu Tadbir Unit Pelancongan Majlis Daerah Kerian, Ghazali Mohd Hanif, berkata, asal usul nama ‘Kerian’ ini juga amat menarik.  

“Pada masa dulu, terdapat seorang Residen British yang datng ke sini atas urusan perbicaraan kes tg kes jenayah..ketika beliau nak balik, menyelusuri sungai untuk naik ke atas kapal menuju  ke Pangkor, beliau terlihat tanah yang dibawah pemerintahan Sultan Perak di sebelah kiri , tetapi beliau tidak dpat menyebut ‘Kiri’ dengan baikk sebaliknya menyebut ‘Kirian’.

“Lama-lama ia telah menjadi bahan bualan dan ejekan. Lantaran itu, apabila hendak dipatenkan nama daerah tersebut, terus ditukarkan kepada Kerian pada tahun 1800-an,” menurut Ghazali.

Katanya, daerah Kerian mempunyai lapan mukim di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kerian (MDK) iaitu , Bagan Serai, Parit Buntar, Alor Pongsu, Beriah, Semanggol, Kuala Kurau, Tanjung Piandang dan Bagan Tiang.

Beliau berkata, keluasan kawasan operasi dibawah pentadbiran MDK ialah 122.71 kilometer persegi.

“Dari segi geografi, Kerian adalah kawasan yang terkenal dengan jelapang padi dan hasil laut,” katanya lagi.

SEKTOR EKONOMI SETEMPAT

Ghazali berkata, sektor ekonomi daerah ini dijanakan daripada sektor pertanian dan sumber perikanan.

Pekerjaan utama penduduk di pula adalah petani dan nelayan namun selebihnya adalah berkerja dalam perkhidmatan awam, agensi swasta dan berniaga.

 

PETA PELANCONGAN 

DATARAN BAN PECAH & PANTAI BAN PECAH

Lokasi yang terkenal dengan aktiviti memancing bagi kaki pancing pula adalah Ban Pecah yang terletak dalam kawasan Tanjung Piandang dan Kuala Kurau iaitu sebuah perkampung nelayan di situ.

Jelasnya, di situ juga terdapat sebuah dataran yang baru di bina , Dataran Ban Pecah di Tanjung Piadang.

Selain itu, terdapat juga Pantai Ban Pecah di Mukim Kuala Kurau dan aktiviti yang paling terkenal adalah berbasikal sambil menikmati keindahan pandangan laut China Selatan dan sawah padi.

“Sebelum wujudnya dataran tersebut, para peniaga di situ hanya berniaga di warung-warung namun kini kita telah menyediakan gerai-gerai yang lebih selesa,” tambahnya.

Katanya lagi, disebabkan kisah keindahan lokasi berkenaan telah viral, ramai kaki pancing telah sampai ke situ dan pernah juga berjaya menangkap ikan pari seberat 20 kilogram selain ikan sembilang sirip merah.

Lokasi itu selain menerima kunjungan kaki pancing, ramai yang datang bersama-sama keluarga untuk aktiviti riadah, bersukan dan menyewa inap desa di situ.

KUALA GULA & BURUNG HIJRAH

Dalam pada itu, sebuah lagi lokasi yang terkenal di daerah ini adalah Kuala Guna Bird Santuary.

Ia adalah tempat persinggahan bagi 48 spesis burung yang berhijrah dari negara-negara seperti Rusia, China, Jepun, Mongolia termasuk Khazastan dan Siberia.

Kata Ghazali lagi, pusat konservasi tersebut adalah di bawah pentadbiran Jabatan Perhilitan.  

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan burung-burung hijrah tersebut, boleh ke pusat konservasi itu, yang mana kebiasaannya proses penghijrahan itu berlaku pada bulan September hingga awal Januari setiap tahun.

PENTERNAKAN KERANG

‘Pesta Makan Kerang’ merupakan acara tahunan di Kuala Gula.

Menurut Ghazali, acara yang berlangsung pada setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan itu, menyaksikan kehadiran ramai pengunjung yang datang dari luar daerah seperti dari Ipoh, Batu Gajah dan Manjung.

"Pada ketika itu, kita dapat lihat kenaikan harga kerang kerana permintaan yang tinggi semasa ‘Pesta Makan Kerang’ yang biasanya berlangsung selepas solat tarawih.

"Selain itu, peniaga kedai makanan juga dapat menjana ekonomi dengan penjualan kerang yang mencapai sebanyak 300kg satu malam,” kata beliau.

PULAU ORANG UTAN

Kawasan seluas 35 ekar di Bukit Merah Laketown telah dijadikan Pulau Orang Utan, satu-satunya pusat pemulihan Orang Utan di Semenanjung Malaysia.

Para pengunjung boleh menyaksikan sendiri habitat Orang Utan ini dekat lebih dekat lagi.

PASAR KEMBOJA

Satu lagi tarikan yang terdapat di daerah ini, adalah Pasar Kemboja yang mana ia dibuka pada setiap Sabtu.

Kebiasannya pelancong dari luar yang dalam perjalanan ke Perlis misalnya, akan singgah di pasar ini untuk mendapatkan barangan yang istimewa dari Kemboja.

Lokasi pasar ini terletak di pinggiran dataran sungai, Parit Buntar sememangnya memberikan satu daya tarikan.