Percutian anda ke Pulau Pinang semamangnya tidak lengkap sekiranya tidak ke bukit peranginan tertua di Malaysia iaitu Bukit Bendera, Pulau Pinang.

Bukit Bendera terdiri dari gugusan batu-batu granit, merupakan Tapak Rizab Biosfera UNESCO terbahru di Malaysia. Ia merangkumi beberapa puncak bukit dan Western Hill sebagai puncak tertinggi iaitu 833 meter (2,733 kaki) dari aras laut.

Terletak di Air Hitam, 6 kilometer di sebelah barat pusat bandaraya Georgetown. Pada zaman penjajahan Inggeris, bukit yang bersuhu dingin ini dijadikan sebagai tempat percutia. Sehinggalah kini ia menjadi salah satu ikon pelancongan yang popular.

Selain Western Hill, terdapat juga beberapa puncak di kawasan ini, seperti Bukit Laksamana, Tiger Hill,Flagstaff Hill, Haliburton Hill dan Government Hill.

Nama Bukit Bendera sebenarnya merujuk kepada lokasi stesen keretapi bukit pada ketinggian 735 m (2450 kaki) atas aras laut. Tempat ini digelar Flagstaff Hill oleh orang British, sebab disinilah bendera British dikibarkan sebagai tanda isyarat tibanya penghantaran mel.

Dari kemuncak bukit ini, pengunjung berpeluang menikmati panorama seluruh Pulau Pinang yang menakjubkan sekiranya cuaca mengizinkan.

Menyusuri laluan pejalan kaki, pandangan mata pasti tidak jemu melihat pelbagai spesis flora yang hidup subur tanpa sebarang ancaman.

Selain menyaksikan struktur bangunan warisan yang dibina pada era penjajahan British, jangan ketinggan untuk singgah The Habitat, restoran al-ffesco ala Inggeris, kafe, skydeck, masjid dan lain-lain lagi.

Sewaktu lawatan penulis, kami berpeluang melewati Penang Hill Gallery@Edgecliff iaitu peninggalan banglo warisan yang telah diubahsuai menjadi galeri yang mempamerkan budaya, kepelbagaian biologi serta sejarah Bukit Bendera.

Penang Hill Gallery@Edgecliff, adalah satu gedung pengetahuan yang wajid dikongsikan kepada anak-anak. Satu kerugian sekiranya tidak ke sini, kerana dari bangunan bersejarah inilah, anda berpeluang menyingkap 1001 rahsia alam yang tersembunyi. --PERAKTASTIC-