Hotel Travelodge Ipoh: Ketengahkan konsep minimalist kontemporari, pilihan tepat dan berbaloi!
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 961
Penginapan yang selesa dan berberbaloi menjadi keutamaan selain pelbagai kemudahkan ditawarkan.
Hotel Travelodge Ipoh, antara hotel yang sedang menjadi tumpuan dan pilihan pelancongan yang bercuti di bandaraya Ipoh.
Hotel bertaraf 4 bintang ini, terletak di lokasi strategik untuk semua urusan seharian. Untuk ke pusat bandar hanya mengambil masa lebih kurang lima minit dalam jarak kurang 3.5 km.
Peluang bermalam di bilik Duluxe Premier Queen yang berkonsepkan minimalist kontemporari di hotel ini, ternyata memenuhi citarasa pada yang sukakan rekabentuk ringkas dan moden.
Kali terakhir penulis menginap di sini ialah sebelum penjenamaan baharu hotel ini yang dahulunya dikenali Hotel Heritage.
Konsep kreatif menerusi hiasan dalaman yang menampakkan kelasnya yang tersendiri sangat mengkagumkan.
Bukit batu kapur sememangnya menjadi ikon kepada bandaraya Ipoh, jelas mencuri pandangan penulis menembusi jendela kamar. Inilah keistimewaan da kelainan menginap di sini yang menjanjikan ketenangan.
Tidak kurang menarik perhatian, gambar Concubine Lane antara produk pelancongan yang popular di bandaraya Ipoh menghiasi ruang dinding bilik.
Pengunjung tidak perlu bimbang untuk berurusan dengan dunia luar menerusi internet. Perkhidmatan WiFi percuma yang pantas pasti tidak menimbulkan masalah.
Selain kemudahkan parking yang selesa dan selamat, hotel ini mengutamakan keselesaan tetamu untuk bersantai menikmati sarapan pagi, makan malam dan sebagainya.
Restoran The Lodge terletak ditingkat dua sangat selesa dengan pengudaraan yang segar berhawa dingin.
Makanan yang disajikan secara bufet dan ala carte ini sememangnya menarik dan menyelerakan.
Tetamu tidak perlu bimbang akan keselamatan kanak-kanak, bilik permainan kanak-kanak disediakan di tingkat yang sama memudahkan melihat aktiviti mereka.
Kawasan permainan ini direka khas untuk kanak-kanak dan dilengkapi dengan pelbagai jenis permainan dan aktiviti dengan selamat.
Kemudahan gimnasium yang selesa juga disediakan ditingkat ini untuk tetamu yang ingin melakukan aktiviti sukan secara tertutup.
Keunikan hotel ini mempunyai kolam renang diluar bangunan. Untuk ke kolam renangi, tetamu hanya perlu ke luar melalui ruang lobi.
Ruang kolam renang ini hanya sederhana sahaja, tetapi ianya selesa untuk seisi keluarga bersantai dengan tenang dikelilingi tumbuhan tropika yang menghijau.
Begitulah antara yang menarik menginap di hotel ini. Kemesraan dan layanan yang baik dari petugas-petugas di sini, pastinya anda akan merindui untuk menginap kembali di sini! -PERAKTASTIC-