IPOH- Taman tema air Sunway Lagoon (SL) dan Sunway Lost World Of Tambun (SWSL) kembali menjadi tumpuan umum setelah memulakan kembali beroperasinya semalam.

Pengarah Eksekutif Taman Tema Sunway, Calvin Ho berkata kedua-dua taman tema itu menerima kunjungan orang ramai diluar jangkaan dan mengganggap ianya satu permulaan yang baik.

“Pada hari pertama pembukaan, SL menerima kunjungan seramai 2300 orang dan 1200 orang pula mengunjungi SLWOT.

“Kami bersyukur orang ramai kembali bercuti sebaik sahaja kerajaan membenarkan kami beroperasi semula. Orang ramai mula memenuhi perkarangan SLWOT dan SL sejak jam 9.00 pagi semalam sementara menunggu taman tema dibuka pada jam 10.00 pagi.

“Kami menjenamakan semula State Of Play dengan menambah baik  Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk menjamin keselamatan dan keseronokan pengunjung ketika berada di taman tema kami.

“Kami sentiasa melakukan sanitasi kesemua kawasan titik sentuh dan peralatan permainan-permainan pada setiap pusingan. Begitu juga kami akan membersihkan kolam renang mengikut kekerapan yang ditetapkan. Kami turut memastikan semua pengunjung mempraktikkan penjarakan fizikal di setiap kaunter dan stesen kami.”

Kedua-dua taman ini dibuka setiap hari kecuali pada hari Selasa. SL beroperasi dari jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang, manakala SWLOT beroperasi dari jam 10.00 pagi sehingga 11.00 malam.