IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad diiringi Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin pagi tadi meluangkan masa meninjau operasi perniagaan di Pasar Karat Loken atau Ipoh Memory Lane di sini, pagi tadi.

Turut serta pada lawatan tersebut ialah Setiausaha Bandarayanya, Zuraina Kamarul Ariff dan pegawai-pegawai kanan lain Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Lokasi popular dalam kalangan warga kota Ipoh dan pengunjung luar itu beroperasi mengikut tatacara Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengekang wabak Covid-19.

Operasi Memory Lane ini dibuat secara penggiliran setiap minggu melibatkan 278 pelesen mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Semasa lawatan turun padang itu juga Menteri Besar dan Datuk Bandar turut beramah mesra dengan para peniaga serta pengunjung yang dilihat mematuhi penguatkuasaan SOP sedia ada.

Selain Pasar Loken, Saarani dan Rumaizi turut meninjau operasi perniagaan di Pasar Besar Ipoh.