IPOH- Sikap keperihatinan terhadap sektor pelancongan yang terkesan akibat pandemik Covid19, kerajaan negeri melalui Tourism Perak telah melaksanakan pelbagaikan misi untuk menaikkan semula sektor pelancongan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Dato’ Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata statistik industri pelancongan negara  pada 2020 mencatatkan kerugian dianggarkan melebihi rm100 bilion dan ianya amat membimbangkan.

“Dasar Pelancongan Negara (DPN)  2020-2030 dilancarkan Perdana Menteri, dianggap satu hala tuju yang dinamik dan strategik dalam memulihkan semula industri pelancongan di malaysia.

“Kerajaan negeri Perak akan terus menyokong DPN untuk membantu menangani isu-isu ekoran pendamik ini antaranya menyediakan latihan technical vocational education and training (TVET) untuk membantu pekerja-pekerja dan pemandu-pemandu pelancong yang terkesan akibat penularan wabak covid-19.

Program ini dapat mempertingkatkan pengetahuan serta kemahiran sebagai salah satu nilai tambah untuk terus berdaya saing dalam sektor pelancongan”, katanya dalam ucapan sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Zoo Taiping, semalam.

Menurutnya, pelaksanaan kursus-kursus pengukuhan kemahiran pengurusan, taklimat penyediaan pakej pelancongan dan familiarization- trip (fam-trip) banyak membantu pengiat industri untuk kembali beraksi dengan lebig kreatif dan produktif.

“Pada 2021 ini , perancangan untuk menganjurkan pelbagai program pelancongan di semua daerah akan diteruskan namun ianya berpandukan arahan dari Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia dari masa ke semasa.”, katanya.