- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1162
Lenggong: Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) meneruskan lagi sumbangan bantuan kotak makanan kepada empat buah kampung di Lenggong, Hulu Perak semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc Encik Anuar Zainal Abidin berkata MB Inc sebagai sebuah entiti korporat GLC di bawah kerajaan negeri Perak sedaya upaya membantu golongan yang terkesan dengan Covid-19 melalui program CSR.
Read more: MB Inc. teruskan CSR ke empat perkampungan Orang Asli Lenggong
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 855
IPOH - Kerajaan negeri Perak hari ini menerima 3,000 botol cecair pembasmi kuman yang disumbangkan oleh Proven Optimisation Innovative Solution (POIS) dengan usahasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri, Dato' Nolee Ashilin Dato' Mohammed Radzi berkata sumbangan tersebut akan diagihkan kepada penggiat pelancongan, pihak bahagian kerajaan tempatan dan juga badan-badan bukan kerajaan (NGO).
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 984
Malim Nawar, 16 Nov 2020 – Masjid Addin , kampung Pulau Pisang akan beropersi bermula solat fardu subuh 18 November 2020 setelah diberhentikan sementara semua aktiviti bagi mengekang penularan wabak pendemik Covid-19 berikutan seorang kariah masjid itu disahkan positif Covid- 19 semalam.
Pengerusinya Jaslee Harun, berkata arahan pengoperasian semula itu telah dikeluarkan secara bertulis dari Pejabat Pentadbiran Agama Islam Kampar (PPAIK) oleh Ibnu Abbas Azizuddin merangkap Pegawai Tadbir Daerah Kampar, hari ini.
Read more: Masjid Addin kampung Pulau Pisang beroperasi semula 18 November ini
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1326
Malim Nawar- Seramai 27 orang penduduk Kampung Pulau Pisang disahkan negetif Covid-19 setelah menjalani saringan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Dewan Rimba Riang, Pulau Pisang, disini, hari ini.
Pengerusi Masjid Addin , kampung Pulau Pisang, Jaslee Harun berkata keputusan saringan itu melegakan semua pihak terutamanya penduduk kampung ada diantaranya diarahkan oleh majikan mereka supaya tidak hadir berkerja kerana dibimbangi dijangkiti virus Covid -19 ekoran penyebaran berita seorang kariah masjid positif Covid-19 kelmarin.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 807
IPOH: Kisah anak kecil yang menderita penyakit kronik seperti yang tertular di media sosial baru-baru ini mendapat perhatian dari pihak Menteri Besar Perak.
Isteri Menteri Besar Perak itu, Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi yang juga Pengerusi Foodbank Perak, meluangkan masa berkunjung ke rumah Nur Mardhiah Shahadah Addul Hadi, 3 tahun di D'Aman Residensi, Bandar Meru Raya untuk mengetahui lebih lanjut masalah yang dihadapi oleh keluarga itu.
"Saya bagi pihak Menteri Besar memaklumkan akan menyediakan pengangkutan ke mana sahaja rawatan dijalankan memandangkan adik Nur Mardhiah Shahadah perlu mendapatkan rawatan setiap dua minggu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang harus lakukan.
"Selain itu, kita juga akan membayarkan sewa rumah untuk enam bulan dan saya akan cuba merujuk kes anak mereka ini ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan disini, namun ia bergantung kepada kebenaran HKL," katanya yang turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai.
Nur Mardhiah Shahadah merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dengan perkongsian ibunya Nur Natasya Rasid, 24, bersama bekas suami pertamanya. Selepas berpisah Nus Natasya berkhawin dengan Muhammad Iqbal Ramli, 24.
Nur Mardhiah Shahadah disahkan menderita pelbagai penyakit kronik termasuk kanser mata, penyakit genetik iaitu Chromosome 13q Deletion Syndrome, buah pinggang dan paru-paru.
Nur Mardhiah terpaksa menjalani pembedahan suntikan steroid dan membuang lebihan daging pada mata kirinya sejak menghidap penyakit itu ketika bayi lagi.
Menurut Nur Nastaya, mereka terpaksa menunggang motosikal dari Ipoh ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk membawa Nur Mardhiah mendapatkan rawatan mendapat setelah memikirkan kesukaran mendapatkan sumber pertolongan dari pelbagai pihak terutamanya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Kami bernekat membawa Nur Mardhiah dengan menaiki motosikal kerana tidak mampu untuk mendapatkan kereta sewa memandangkan perbelanjaan kami sendiri tidak mencukupi.
“Kami sangat berterima kasih diatas kunjungan Datin Seri Dr Nomee Ashikin serta semua yang telah membantu kami.
“Pendapatan kami amat terhad memandangkan suami saya telah diberhentikan kerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu. Bantuan dari pihak Menteri Besar dapat meringankan perbelanjaan kami. Pendapatan suami saya sebanyak RM1000 sebulan sebagai pekerja kontrak sememangnya tidak mencukupi kerana sewa rumah sahaja sebanyak RM800 sebulan.
Kepada yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menyumbang menerusi akaun BSN, Nur Natasya Rasid 1400341000028756.
End//