- Details
- Written by Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Category: Komuniti
- Hits: 7662

Anda impikan kediaman yang damai dikelilingi kehijauan alam semulajadi, tenang, moden dan berkonsep mewah! Taman Tanjung Utara@Tanjung Rambutan sebuah projek hartanah dibawah Kumpulan Belkron semestinya pilihan tepat dengan harga mampu milik.
Fasa ketiga sekarang dibuka untuk dijual. Sebanyak 115 buah unit rumah teres setingkat seluas 22x70 kaki persegi, bakal siap pada akhir tahun 2022. Untuk makluman fasa pertama dan kedua telah habis dijual.
Read more: Taman Tanjung Utara@Tg Rambutan -Rumah mampu milik terbaik di Perak!
- Details
- Written by Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Category: Komuniti
- Hits: 3188
Sungai Siput (U) - Mereka tidak seperti remaja lain, hari-hari bersulam air mata melihat penderitaan ayah mereka yang kini mengidap kanser paru-paru tahap empat.
Nabila Musa, 16, berkata dia terpaksa berhenti sekolah demi menjaga ayahnya yang terlantar sakit serta memerlukan penjagaan rapi.
- Details
- Written by Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Category: Komuniti
- Hits: 1512

Lenggong: Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) meneruskan lagi sumbangan bantuan kotak makanan kepada empat buah kampung di Lenggong, Hulu Perak semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc Encik Anuar Zainal Abidin berkata MB Inc sebagai sebuah entiti korporat GLC di bawah kerajaan negeri Perak sedaya upaya membantu golongan yang terkesan dengan Covid-19 melalui program CSR.
Read more: MB Inc. teruskan CSR ke empat perkampungan Orang Asli Lenggong
- Details
- Written by Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Category: Komuniti
- Hits: 1594

IPOH- Cik B anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan nama Datuk Vida muncul dengan singlenya pertama menerusi laman sosial YouTube.
Lagu berjodol ‘Tolonglah’ mengenengahkan genre rap yang liriknya dihasilkan oleh Cik B dengan kerjasama seorang komposer ‘rahsia’ kini telah mencecah 238 ribu pengikut di youtube sejak pelancarannya semalam.
- Details
- Written by Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Category: Komuniti
- Hits: 1141

IPOH - Kerajaan negeri Perak hari ini menerima 3,000 botol cecair pembasmi kuman yang disumbangkan oleh Proven Optimisation Innovative Solution (POIS) dengan usahasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri, Dato' Nolee Ashilin Dato' Mohammed Radzi berkata sumbangan tersebut akan diagihkan kepada penggiat pelancongan, pihak bahagian kerajaan tempatan dan juga badan-badan bukan kerajaan (NGO).







