BATU GAJAH: Hasrat tidak mahu melihat ibunya meminta pertolongan dari orang lain, remaja berkaki palsu ini gigih membantu ibunya berniaga roti puri.  

Wan Arif Firdaus Wan Ahmad Affendy, 16 tahun, pernah menderita kanser tulang merelakan kaki kirinya dipotong kerana tidak sanggup menanggung kesakitan setiap kali pembedahan empat tahun lalu.

Menurut ibunya, Zetty Ferdaus Ramli, 37 tahun, anak sulung dari tiga beradik itu dikesan menghidap kanser tulang tahap empat pada tahun 2012 selepas sering mengadu sakit kaki.

IPOH: Seramai 40 orang pengamal media di Perak menerima sumbangan kotak makanan dari Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.).

Ketua Pegawai Eksekutif Mb Inc., Anuar Zainal Abidin berkata, bantuan tersebut adalah tanda kepekaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terhadap pengamal media yang turut terkesan akibat krisis pendemik Covid-19 yang melanda sekarang ini.

“Kami begitu prihatin dengan situasi getir yang dilalui petugas-petugas media sambilan dan kontrak di Perak. Selain membantu rakyat di negeri Perak, rakan media juga wajar menerima bantuan. 

Kuala Kangsar-  Madu Kelulut antara produk agro yang ternyata digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit, pemakanan, dan kesihatan manusia.

Menyedari akan keistimewaan madu yang telah disebut secara spesifik di dalam al-Quran, ianya menjadi inspirasi komersial kepada dua saudara remaja sebagai usahawan madu kelulut.

Muhammad Azri Samsunooor Anuar, 22, dan Muhammad Syafiq Hamidi, 22, merupakan saudara sepupu yang berkarisma tinggi serta mempunyai propektif tersendiri sebagai usahawan muda yang berjaya.

 
IPOH- Kisah sedih bekas wartawan News Straits Times (NST), Perak, Jaspal Singh, 49, terus mendapat perhatian dari pelbagai pihak untuk tampil menghulurkan bantuan.
 
Ahli Parlimen Ipoh Timur merangkap Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), YB Wong Kah Woh, juga tampil menghulurkan bantuan kepada Jaspal Singh yang mengidap penyakit kencing manis kronik sehingga kaki kanannya terpaksa dipotong pada Ogos lalu.
 
YB Wong Kah Woh mewakilkan Setiausaha Politiknya, Steven Tiw Tee Siang untuk hadir ke rumah Jaspal Singh bagi menyampaikan sumbangan berupa cek bernilai RM3,000.
 

TAPAH- Seramai 400 buah keluarga kakitangan Penjara Tapah menerima bantuan kotak makanan sumbangan dari Perbadanan Menteri Besar( MB Inc.).

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Strategik, MB Inc. Siti Kamesah Bee M. Hashim berkata sumbangan itu merupakan inisiatif bagi membantu meringankan bebanan golongan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) , PKPB dan PKPD sekarang ini.