- Details
- Written by Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Category: Komuniti
- Hits: 974
Ipoh - Usaha memupuk jalinan kasih dan muhibbah antara golongan yang kurang berkemampuan menjadi agenda utama Yayasan Petronas (YP) melalui program Sentuhan Kasih Sempena Tahun Baharu Cina.
Ketua PETRONAS Wilayah Tengah dan Utara, Zukifli Othman berkata program yang dianjurkan ini sejajar dengan Agenda Kelestarian PETRONAS dan Matlamat Pembangunan Kelestarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Kami sentiasa komited dalam memupuk semangat meneruskan amalan dan tradisi berkongsikan keceriaan Tahun Baharu Cina bersama golongan yang memerlukan melalui sumbangan barangan keperluan asas.
“Usaha kemasyarakatan ini senada dengan mesej korporat sambutan perayaan PETRONAS untuk meringankan beban mereka yang menyambut Tahun Baharu Cina sambil menempuh cabaran pandemik COVID-19,” katanya selepas Majlis Ringkas Penyerahan Sumbangan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, di sini, hari ini.
Penerima sumbangan ini diselaraskan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Perak bagi tujuan penyerahan dan pengagihan.
Sebanyak 400 pek hadiah perayaan berupa bekalan keperluan asas bernilai RM100 setiap satu disampaikan pada 8 Februari 2021, untuk diedarkan kepada anak-anak yatim, warga emas dan golongan kurang upaya dari 11 buah rumah kebajikan serta keluarga yang kurang berkemampuan.
Sementara itu Timbalan Pengarah JKM, berkata agihan bantuan yang dihulurkan ini amat bermakna dalam usaha meringankan beban penduduk yang terkesan dengan cabaran pandemik Covid-19.
“JKM bersedia bekerjasama terutama menjelangnya apa sahaja perayaan. Melalui sumbangan ini kita dapat berkongsi kegembiraan dan memberi semangat kepada mereka yang merayakan Tahun Baru Cina tanpa ahli keluarga yang jauh”, katanya.
Turut hadir Pengarah Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat, Universiti Teknologi PETRONAS, Shamsina Shaharun dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, Samsuddin Osman.
- Details
- Written by Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Category: Komuniti
- Hits: 1236

IPOH- Kerajaan Negeri Perak hari ini melancarkan Program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) yang akan memberi manfaat kepada hampir 200,000 pelajar di seluruh negeri Perak terutamanya yang datang daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah (B40).
Menteri Besar, Dato Saarani Mohamad berkata sasaran utama program ini adalah untuk membantu murid dan pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama termasuk 40,642 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sepatutnya menduduki ujian pada tahun 2020 tetapi ditangguhkan ke tahun ini ekoran pandemik COVID-19.
- Details
- Written by Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Category: Komuniti
- Hits: 1394

IPOH- Dana Kreatif Perak (DKP) ternyata membuahkan hasil dalam mendokong pengkaryaan seni anak Perak sehingga diiktirafkan ke peringkat antarabangsa.
Ahli Lembaga Pengarah Koloni Karyawan Aman Jaya (PORT), Dato’ Zainol Fadzi Paharudin berkata kerajaan negeri menyifatkan kejayaan yang diraih oleh pengkarya seni melalui DKP satu pencapaian mengkagumkan dan membanggakan.
Read more: DKP berjaya bantu karya seni ke peringkat antarabangsa
- Details
- Written by Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Category: Komuniti
- Hits: 1393
IPOH - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan solat Jumaat diadakan di semua masjid dan surau.
Menurut satu kenyataan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini berkata ketetapan ini terpakai dan berkuat kuasa 28 Januari 2021 sehingga dikeluarkan apa-apa ketetapan baharu.
Read more: PKP- Solat Jumaat dan fardu diperkenankan- Sultan Nadzrin
- Details
- Written by Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Category: Komuniti
- Hits: 1426

Kuala Dipang, 19 Jan- Sorotan berita bencana banjir yang disiarkan di laman sosial baru-baru ini, menarik perhatian Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) untuk tampil menghulurkan bantuan.
Deputy Head, CR Community, Ang Huay Ling berkata sumbangan itu adalah antara aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di atas keprihatinan KLK kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana banjir pada 4 Januari lalu.







