- Details
- Written by Norraidah Awang
- Category: Komuniti
- Hits: 1094
KUALA KANGSAR - Kesempitan hidup menyebabkan 10 sekeluarga terpaksa tinggal dalam keadaan sempit dan tidak selesa di sebuah rumah di Kampung Gapis, Padang Rengas, di sini.
Menurut Abdul Rahman Hassan, 50, dia tinggal bersama isteri Rosmiza Idris, 43, ayahnya Hassan Said, 74, serta empat anak perempuan dan tiga anak lelaki berusia antara 12 bulan hingga 21 tahun.
Tinjauan mendapati, rumah berkenaan hanya mempunyai satu bilik tidur dan satu bilik air menyebabkan penghuni rumah terpaksa berhimpit selepas ruang tamu terpaksa dijadikan bilik.
- Details
- Written by Sheqal Danish
- Category: Komuniti
- Hits: 1080
IPOH – Kebenaran bagi membuka lebih banyak premis perniagaan merupakan langkah positif untuk merancakkan kembali ekonomi yang tertangguh berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
Bagaimanapun, proses sanitasi dan pembasmian kuman wajar dilakukan terlebih dahulu mengikut keperluan sebagai langkah pencegahan jangkitan wabak Covid-19.
- Details
- Written by Sheqal Danish
- Category: Komuniti
- Hits: 1051
KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melakukan penerbangan ihsan hari ini bagi membawa seorang bayi yang memerlukan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Tugas berkenaan telah dilaksanakan oleh pasukan No. 20 Skuadron yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang.
- Details
- Written by Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Category: Komuniti
- Hits: 2405
IPOH - Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah Fareena Shahmina, bayi berusia 10 bulan mengalami down syndrome sejak lahir kini disahkan mengidap jantung berlubang dan harus menjalani pembedahan segera.
Tambah menyedihkan bapanya Faidzal Shahril Alang Abdul Rahman, 40, bekas pelatih aksi lagak ngeri (stuntman) di Movie Animation Park Studio (MAPS) telah diberhentikan kerja pada 28 Januari lalu tanpa sebarang pampasan.
Read more: Bayi Down Syndrome Perlu Jalani Pembedahan Jantung Berlubang
- Details
- Written by Norraidah Awang
- Category: Komuniti
- Hits: 1053
MUALLIM: Demi sifat kasihkan makhluk ciptaan Tuhan, seorang lelaki setiap hari bermotosikal mengelilingi pekan memberi makanan kepada kucing jalanan.
Saban hari kira-kira jam 7.00 pagi, Nasir Salaton, 67, dari Kampung Kurnia, Slim River mengelilingi pekan mencari kucing terbiar sebagai rutin hariannya.







