- Details
- Komuniti
- Hits: 1146
IPOH - Koloni Karyawan Aman Jaya (PORT) meraih kutipan RM39,050 hasil penganjuran dua program iaitu Bidaan Amal Covid-19 dan Pameran Maya C19 untuk disalurkan kepada C19 Fund.
Program itu diadakan bagi membantu kira-kira 40 penggiat dan penggerak seni Perak khususnya yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Read more: PORT Anjur Dua Program Raih RM39,050 Bantu Penggiat Seni Perak
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1103
IPOH, 19 Mei - Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menjejaskan ekonomi segelintir pesara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Persatuan Pesara Majlis Bandaraya Ipoh (PERMAI) tampil menyampaikan sumbangan kepada 105 ahli pesara yang terpilih.
Dato’ Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata pemberian sumbangan itu melibatkan ahli-ahli PERMAI yang mengalami masalah kewangan ketara kesan daripada PKPB dimana mereka gagal menjalan aktiviti ekonomi seperti sebelumnya.
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 1156
IPOH 18 Mei – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Aman Wardah mengambil keberkatan Ramadan pada kali ini apabila tampil menyantuni keluarga kurang berkemampuan di sekitar bandar ini.
Sebanyak 15 keluarga asnaf, ibu tunggal dan warga tua daif menerima bantuan tersebut menerusi Program Aman Wardah Syawal #kitajagakita yang berkolaborasi dengan Rumah Ngaji Kediaman Menteri Besar.
Pengerusinya, Azana Rita Abd. Aziz berkata, beliau bersama ahli-ahli NGO itu menziarahi keluarga penerima antaranya di Tambun, Ulu Kinta, Chepor, Klebang, Meru dan Manjoi.
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 980
IPOH - Jumlah penduduk yang ditempatkan di dua buah pusat penempatan sementara (PPS) di Muallim dan Larut Matang Selama yang terjejas akibat banjir kilat kini hanya 28 orang berbanding 48 sebelumnya.
PPS Sekolah Kebangsaan Kuala Slim menempatkan 25 mangsa manakala PPS Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi pula seramai tiga orang.
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 974
IPOH 18 Mei - Dua buah pusat penempatan sementara (PPS) dibuka di Muallim dan Larut Matang Selama membabitkan 48 orang mangsa terjejas akibat banjir sejak semalam.
PPS Sekolah Kebangsaan Kuala Slim menempatkan 25 mangsa manakala PPS Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi pula seramai 23 orang.







