Malim Nawar- P Ramasamy, 71, mendapat sinar baru setelah menerima sumbangan alatan pemulihan yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Dato’ Nolee Ashilin Mohammed Radzi, hari ini.

P Ramasamy merupakan penerima faedah Ilat Perkeso yang mengalami kesukaran berjalan dan mengidap beberapa penyakit kronik yang semakin serius sejak setahun lalu.

 

IPOH: Kegembiraan dan keterujaan adik Izza Adeera Faaizul Hisham, 7, jelas terlihat apabila menerima tangan kanan elektronik prototaip cetakan tiga dimensi (3D).

Izaa Adeera merupakan kanak-kanak kurang upaya (OKU) yang menerima tangan kanan elektronik cetakan 3D yang dihasilkan Ketua Pegawai Eksekutif MyVista, Sujana Mohd Rejab atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Su’ dari syarikat MyVista.

IPOH- Sempena bulan kemerdekaan ke 63 ini, Sunway Lost World Of Tambun (SLWOT) meraikan 32 orang ahli Persatuan Pemulihan Orang Cacat Perak.

Pengurus Besar SLWOT, Nurul Nuzairi berkata, sebagai warganegara korporat yang bertanggungjawab pihaknya benar-benar memahami akan kepentingan kegembiraan semua orang khususnya golongan yang tidak bernasib baik.

Ipoh, 9 September - Miker Pizza melebarkan lagi sayap peniagaan dengan membuka cawangan baru di Medan Gopeng, Gunung Rapat, Ipoh.

Pengarah urusan Mike Pizza, Mohd Amzari Zamri, 36, berkata sambutan menggalakkan serta permintaan tinggi menyebabkannya membuka cawangan baru Miker Pizza.

Kampar - Penaung Persatuan Wanita Penjana Ekonomi (PWPE), Kampar, Dato’ Nolee Ashilin Mohamed Radzi menyeru golongan wanita luar bandar agar dapat berdaya saing mempelopori perniagaan secara atas talian (online) selaras dengan perkembangan pesat teknologi digital.

Beliau berkata kesan daripada ancaman pendemik Covid-19, urusan perniagaan beralih arah secara digital kerana ianya lebih mudah, selamat dan menguntungkan.