Seni silat Melayu, seni mempertahankan diri telah berabad-abad berakar umbi dalam budaya Melayu, kini terus terpelihara sebagai warisan yang disanjung tinggi.

Bak kata peribahasa Melayu, ‘Hanya Jauhari Mengenal Manikam’, setiap gerak langkah yang tercipta hanya mampu dihayati sepenuh jiwa raga oleh mereka yang benar-benar menguasai dan mewarisi seni warisan ini.

 

Merasa lelah dan tertekan dengan kehidupan yang sibuk dikota metropolitan? Anda pasti sedang mencari tempat percutian untuk mengembalikan keceriaan dan aura positif yang hilang.

Kuak Hill Resort (KHR), Kampung Kuak, Lata Papan, adalah pusat pelancongan baharu berkonsepkan ‘Nature Healing’ yang menjanjikan ketenangan sepertimana diharapkan.

 

‘Masak Pindang Ikan Loma Daun Seniar’, bunyinya agak luar biasa tetapi inilah sajian tradisional Melayu Perak yang hanya terdapat di Teratak Warisan Kampung (TWK), Kuala Kangsar.

Menu yang diwarisi daripada tiga generasi ini, mengambil proses selama 48 jam untuk disediakan. Walaupun diakui rumit, namun inilah keistimewaan sajian utama restoran TWK yang tiada di negeri lain.

Sejurus melangkah masuk ke Aki’s Gallery, perasaan kagum melihat pelbagai koleksi barangan antik menghiasi setiap ruang rumah Melayu lama yang pastinya menyimpan sejarah tersendiri.

Rumah Melayu lama yang dibina pada tahun 1957 itu, milik Lukhman Mahmud, 63, atau lebih dikenali sebagai Tok Aki yang berasal dari Kampung Chepor, Lenggong.

Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah, merupakan destinasi ekopelancongan global yang menarik perhatian pengujung khususnya para pelancong luar negara.

Pulau Orang Utan, terletak di Laketown Bukit Merah. Ia merupakan pusat lindungan, pembiakan, pengekalan, penyelidikan dan pendidikan Orang Utan terunggul di negeri Perak.