- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1013
Ipoh- Maju Perak Utilities Management Sdn. Bhd. (MUMSB) mengakui berhadapan isu kekurangan pekerja susulan daripada pembukaan sektor ekonomi lain yang menawarkan pakej gaji dan faedah yang lebih menarik.
Kenyataan itu dikeluarkan berikutan kenyataan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada 10 Mei 2022 berhubung situasi sebenar operasi kutipan sisa pepejal domestik.
Read more: Kekurangan pekerja jejaskan kutipan sampah domestik - MUMSB
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 766

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini telah berkenan melancarkan program WaQaf 365 bertempat di Impiana Hotel.
Turut hadir, Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 768

IPOH- Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, pastinya Gerbang Malam menjadi lokasi wajib bagi orang ramai untuk membeli-belah secara santai.
Salah seorang pengunjung yang enggan namanya dikenali berkata, Gebang Malam adalah ‘port’ yang meriah untuk dikunjungi oleh semua golongan dan peringkat usia.
Read more: ‘Aura Gerbang Malam’ – Ghairah bershopping raya, jangan terabai SOP!
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 822

IPOH- Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri Perak berlangsung dengan meriah yang kunjungi ribuan rakyat daripada pelbagai kaum dalam suasana muhibbah.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata perlaksanaan majlis itu sebagai tanda penghargaan kepada semua pasukan keselamatan, petugas barisan hadapan serta seluruh rakyat yang bersama-sama memainkan peranan ketika negara berdepan pandemik COVID-19.

“Setelah dua tahun terpaksa mengharungi suasana suram Aidilfitri ekoran pandemik COVID-19, kita kini sudah memasuki fasa endemik yang membolehkan sekalian rakyat khususnya umat Islam merasai semula kemanisan dan keindahan Aidilfitri.
“Kegembiraan yang dikecapi hari ini tidak datang secara kebetulan. Ia ditebus dan dibayar dengan tangisan, keringat, keletihan, kesakitan dan pengorbanan tatkala kita berdepan dengan hambatan bertali arus pandemik COVID-19.
“Marilah bersama-sama menghargai pengorbanan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama yang selama ini berjuang bersama memerangi pandemik COVID-19”, katanya menerusi ucapannya sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perak di perkarangan Stadium Indera Mulia, di sini semalam.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim turut berkenan berangkat ke majllis itu bersama-sama barisan exco kerajaan negeri.
Majlis berkenaan yang menyajikan pelbagai juadah hari raya antaranya lemang, rendang, sate, nasi impit dan kuih-muih.
Foto: Ehsan Bernama.
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 1217
IPOH - Isu operasi kutipan sampah yang tidak mengikut jadual di beberapa kawasan di bandaraya ini sehingga menimbulkan rungutan orang ramai mendapat perhatian Datuk Bandar Ipoh.
Ini kerana operasi kutipan sampah yang tidak teratur turut mengundang masalah kebersihan.
Read more: Syarikat konsesi baharu akan dilantik urus kutipan sampah







