PUTRAJAYA - Pembukaan institusi pendidikan kendalian Kementerian Pendidikan (KPM) di Selangor, Melaka serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kekal pada Isnin depan.

Ia berdasarkan ketetapan pengoperasian bagi negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

KPM dalam satu kenyataan memberitahu, pembukaan itu selari dengan peralihan fasa PPN bagi Selangor, Melaka dan Kedah serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berkuat kuasa esok.

Kata kenyataan itu, ia melibatkan murid berkeperluan khas di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK), Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK) serta Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Turut terlibat ialah murid Tingkatan 6 Semester 2, International Baccalaureate Diploma (IBD) Tahun 2, Program Prauniversiti Semester 3 di Sekolah Sukan Malaysia dan murid kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level, A-Level dan IBDP).

"Bermula 1 Oktober 2021, negeri Selangor dan Melaka serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih ke Fasa 3 PPN.

"Oleh itu, pengoperasian institusi pendidikan di negeri berkenaan mengikut ketetapan Fasa 3 PPN akan bermula pada 18 Oktober." kata kenyataan tersebut.

Pembukaan institusi pendidikan bagi Kedah pula kekal pada 10 Oktober untuk murid kelas Tingkatan 6 Semester 2 dan kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level).

Memandangkan Kedah akan beralih ke Fasa 2, pengoperasian institusi pendidikan termasuk kolej vokasional berdasarkan ketetapan pengoperasian bermula pada 17 Oktober.

"Pengoperasian institusi pendidikan di Zon Selatan negeri Sarawak berdasarkan ketetapan negeri Fasa 3 PPN hanya akan bermula pada 18 Oktober 2021," katanya.

Dalam pada itu, semua institusi pendidikan yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ditutup sepanjang ia berkuat kuasa dan digantikan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

KPM menyarankan agar ketetapan yang digariskan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri