KUALA LUMPUR - Seramai 442 warga asing pelbagai negara ditahan oleh pihak berkuasa dalam Operasi Benteng (Op Benteng) sehingga Rabu lalu

Ops Benteng diaktifkan pada 12 Mei lepas dan pelaksanaannya adalah untuk mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi pendatang tanpa izin (PATI). 

Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) dalam kenyataan berkata, tangkapan itu menerusi gerak kerja cegah rintang iaitu pengawalan di sempadan termasuk perairan yang telah dikenalpasti. 

“Ia adalah usaha pihak kerajaan untuk mengekang jenayah rentas sempadan di samping menyekat penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan akan dibawa PATI. 

“Masyarakat digesa bekerjasama dalam menyalurkan sebarang maklumat berkenaan PATI, kegiatan penyeludupan, pencerobohan sempadan atau sebarang kegiatan jenayah rentas sempadan,”menurut kenyataan itu.

NTF telah melaksanakan Ops Benteng secara bersepadu melibatkan tentera, polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta agensi-agensi penguatkuasaaan dan keselamatan lain dengan AngkatanTentera Malaysia (ATM) bertindak sebagai penyelaras utama.