Senarai Penuh Barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Nasional
- Hits: 677
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai penuh Kabinet kerajaan perpaduan di bawah pimpinan beliau. Berikut adalah senarai nama dan jawatan yang telah ditetapkan:
* Datuk Seri Anwar Ibrahim: Perdana Menteri Dan Menteri Kewangan
* Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi: Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah
* Datuk Seri Fadillah Yusof: Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Perladangan Dan Komoditi
* Loke Siew Fook: Menteri Pengangkutan
* Mohamad Sabu: Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan
* Mohd Rafizi: Ramli: Menteri Ekonomi
* Nga Kor Ming: Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan
* Datuk Seri Mohamad Hasan: Menteri Pertahanan
* Datuk Seri Alexander Nanta Linggi: Menteri Kerja Raya
* Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail: Menteri Dalam Negeri
* Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz: Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
* Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin: Menteri Pendidikan Tinggi
* Chang Lih Kang: Menteri Sains Dan Teknologi
* Datuk Seri Nancy Shukri: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
* Datuk Seri Salahuddin Ayub: Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup
* Datuk Seri Azalina Othman: Menteri Undang-Undang Dan Reformasi Institusi
* Nik Nazmi Nik Ahmad: Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim
* Datuk Ewon Benedick: Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
* Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir: Menteri Luar Negeri
* Datuk Seri Tiong King Sing: Menteri Pelancongan
* Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil: Menteri Komunikasi Digital
* Fadhlina Sidek: Menteri Pendidikan
* Ago Anak Dagang: Menteri Perpaduan Negara
* Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar: Menteri Agama
* Yeoh Tseow Suan: Menteri Belia Dan Sukan
* Sivakumar A/L Varatharaju Naidu: Menteri Sumber Manusia
* Dr Zaliha Mustafa: Menteri Kesihatan
* Armizan Mohd Ali: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Dan Sarawak)
Senarai penuh barisan Kabinet diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi untuk perkenan agar lantikan segera dapat dilaksanakan.
Barisan Kabinet akan dipanggil ke mesyuarat khas Isnin ini untuk penetapan peraturan-peraturan baharu.