PARIT BUNTAR - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Parit Buntar di sini, atas pertuduhan membuat tuntutan palsu bagi kes kemalangannya kira-kira tiga tahun lalu.

KUALA KANGSAR – Mayat seorang kanak-kanak yang dihanyutkan arus deras semasa mandi manda bersama keluarga dan rakan-rakan di sebatang anak sungai di Kampung Loh Karai, Enggor dekat sini semalam akhirnya ditemui kira-kira empat kilometer dari lokasi lemas.

IPOH - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengingatkan peneroka seluruh Perak agar tampil ke ke hadapan bagi proses pemutihan tanah-tanah yang diusahakan secara haram.

Beliau berkata, pada 2019 sebanyak 1165.02 hektar tanah berjaya diputihkan dan secara tidak langsung peneroka tidak lagi bimbang untuk menjalankan aktiviti pertanian kerana tanah tersebut telah mendapat kelulusan pajakan secara sah.

KAMPAR – Malang menimpa seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) apabila dia terjatuh ke dalam sebuah perigi di rumahnya di Kampung Malim Nawar Tin dekat sini, pagi ini.

Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, mangsa, P Ramasamy, 70, dipercayai tergelincir semasa cuba mengambil air lalu terjatuh ke dalam perigi sedalam kira-kira tiga meter.

IPOH – Kerajaan Negeri menafikan dakwaan kononnya ada kerja-kerja pembersihan dilakukan di atas sebidang tanah wakaf di Tambun dekat sini bertujuan mengeluarkan bahan mineral.

Difahamkan, tanah pada Lot 18835 itu diselenggara oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

IKLAN PERNIAGAAN