IPOH - Lima strategi ke arah mewujudkan 'Landskap Berkualiti Malaysia Madani' digariskan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pembudayaan landskap perbandaran yang berkualiti.

Ia bagi membentuk sebuah komuniti Malaysia yang progresif dan sejahtera seiring dengan aspirasi Malaysia Madani.

IPOH: Selepas lebih 60 tahun, aktivis sosial terkenal dan mantan ahli politik, Tan Sri Lee Lam Thye hadir mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin pagi semalam.

Kehadiran Lee itu adalah bagaikan sirih pulang ke gagang kerana beliau adalah anak kelahiran Ipoh. Kedua-dua mereka telah mengadakan pertemuan yang ringkas tetapi bernas.

IPOH: Perak telah mengatur program untuk mengenalpasti dua 'blackspot' atau kawasan hitam yang sering berlaku kemalangan dan berisiko kepada pengguna jalan raya, iaitu di daerah Kinta dan Kerian.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, sehingga kini Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melaksanakan program tersebut bagi memastikan keselesaan pengguna jalan raya.

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hari ini mengumumkan senarai penuh portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Saarani berkata, senarai tersebut membariskan gabungan pemimpin berpengalaman serta muda termasuk mereka yang pernah menjadi Exco sebelum ini.

Kuala Kangsar: Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ke-10 merupakan antara 10 pemimpin yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Anggota Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Perak hari ini.

Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan berlangsung di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini.