- Details
- Written by Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Category: Komuniti
- Hits: 1111

Ramadan kembali lagi... TUI BLUE The Haven Ipoh sekali lagi membangkitkan nostalgia berbuka puasa dengan sajian autentik yang memikat selera.
Bermula 3 Mac hingga 29 Mac 2025, bufet Sajian Ramadan di Cuisines The Restaurant ini menjanjikan pengalaman gastronomi yang eksklusif dalam suasana yang tenang dan mendamaikan.
Read more: Bufet Ramadan di TUI BLUE The Haven Ipoh: Gabungan Tradisi dan Kemewahan Rasa
- Details
- Written by Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Category: Komuniti
- Hits: 2625

Teknologi kecerdasan buatan (AI) kini menjadi nadi kepada revolusi digital yang mencorakkan kehidupan seharian manusia.
Dari pendidikan hingga ke perniagaan, daripada sektor kesihatan hingga ke keselamatan, AI telah membuktikan potensinya dalam meningkatkan kecekapan serta memudahkan pelbagai urusan.
Read more: AI: Revolusi Teknologi atau Ancaman kepada Manusia?
- Details
- Written by Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Category: Komuniti
- Hits: 1037

IPOH - Bagi pencinta masakan Cina yang mencari sajian autentik dengan keaslian rasa, Yuk Sou Hin di Weil Hotel pasti menjadi pilihan tepat.
Restoran yang terletak di tingkat satu hotel ini menawarkan lebih 55 jenis menu masakan, menepati citarasa pelbagai lapisan pelanggan.
Menurut Penolong Pengurus Restoran Cina, Angeline Leong, restoran ini bukan sahaja menitikberatkan keaslian rasa, malah keselesaan pelanggan juga menjadi keutamaan.
“Kami memastikan setiap sajian disediakan dengan teliti oleh dua cef berpengalaman luas. Keaslian rasa dan kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami,” katanya.
Menu Signature yang Memikat Selera
Antara menu ala carte yang menjadi tarikan utama pelanggan ialah Signature Smoked Duck With Lychee Wood; Deep Fried Prawn with Salted Egg Yolk; Wok Fried Black Pepper Beef; Wok Fried French Bean with Dried Chilli and Minced Chicken Meat; Pineapple Sweet and Sour Chicken; Sichuan Hot and Sour Seafood Soup dan Crabmeat and Shredded Chicken Soup.

Angeline menjelaskan, hidangan Signature Smoked Duck With Lychee Wood menjadi kegemaran ramai kerana aroma dan tekstur daging itiknya yang lembut serta membangkitkan selera.
“Menu ini memerlukan proses yang rumit, terutama pemerapan daging itik menggunakan teh serta pelbagai herba yang mengambil masa semalaman untuk memastikan rasanya sempurna,” tambahnya.

Teh Cina dan Hidangan Istimewa Tahun Baru Cina
Untuk melengkapkan pengalaman makan, Yuk Sou Hin turut menyajikan enam jenis teh Cina yang boleh dinikmati bersama hidangan utama.
Teh Pu Er menjadi pilihan popular kerana khasiatnya yang tinggi untuk kesihatan.

Sempena Tahun Baru Cina, restoran ini menawarkan pakej hidangan reunion atau makan besar untuk 10 orang dengan harga bermula RM1,388 hingga RM2,088.

Hidangan Yu Sheng, yang menjadi simbol kemakmuran masyarakat Tionghua, turut mencuri perhatian. Untuk kelainan, Yuk Sou Hin menawarkan menu yu sheng istimewa iaitu Rainbow Fruits Yu Sheng dengan gabungan unik hirisan buah-buahan segar.
Mesra Muslim dan Waktu Operasi
Menariknya, semua menu di Yuk Sou Hin adalah mesra Muslim.

“Kami sentiasa memastikan bahan mentah yang digunakan adalah halal untuk memenuhi keperluan pelanggan Muslim,” ujar Angeline.
Restoran ini beroperasi dari 10.30 pagi hingga 2.30 petang, dan bersambung semula dari 6.00 petang hingga 10.30 malam.

Jika anda mencari pengalaman kulinari yang istimewa, Yuk Sou Hin adalah destinasi yang wajib dikunjungi. -PERAKTASTIC-


- Details
- Written by Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Category: Komuniti
- Hits: 1195

- Details
- Written by Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Category: Komuniti
- Hits: 1058

BATU GAJAH: Hasrat dan impiannya adalah supaya lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati kelazatan tembikai wangi premium keluaran ladangnya.
Kegigihan usahawan yang juga petani moden, Aw Chee Choy dalam mengembangkan pertanian berasaskan organik wajar dicontohi.
Read more: Hami Ecofarms mahu rakyat Malaysia nikmati tembikai wangi premium, sasar pasaran tempatan







