IPOH - Bonanza Educare Sdn. Bhd. (BE) telah memeterai persefahaman dengan Universiti Terbuka Wawasan (WOU) bagi meningkatkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan pendidikan.

Ia melibatkan peluang latihan kepada pelajar WOU dalam mengukuhkan pengetahuan serta kemahiran industri mereka di lokasi pembelajaran kendalian BE.

TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggerakkan sekumpulan sukarelawan ResQ Team UPSI bagi membantu mangsa banjir di daerah Kota Tinggi dan Segamat, Johor susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.
 
Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff, ResQ Team UPSI sentiasa peka dengan keperluan semasa, bertanggungjawab dan prihatin terhadap masyarakat terutama kawasan yang ditimpa bencana.
 

IPOH: Bazar berkonsep Menu Rahmah dan Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR) yang julung-julung kali diperkenalkan, dijangka bakal memeriahkan suasana bulan Ramadan di bandar raya Ipoh tahun ini.

Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, selain bazar Ramadan tradisional yang sinonim dengan pengunjung sebelum ini, pengenalan konsep baharu itu turut memberi harga terbaik kepada orang ramai.

Oleh Balqis Jazimah Zahari 

IPOH: Polis berjaya menahan 530 individu disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di sepanjang tiga hari operasi 'Ops Tapis Khas' di seluruh Perak.

Operasi bermula 27 Februari lalu itu membabitkan kekuatan seramai 290 anggota yang terdiri dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah bersama pegawai polis dari lain-lain bahagian dan dua pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan mengadakan pertemuan semula dengan tujuh penjaja berlesen di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo), di sini yang dikatakan tidak bersetuju dengan cadangan pemindahan peniaga ke lokasi baharu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata pihaknya akan memanggil semula kesemua tujuh penjaja tersebut dalam masa terdekat, bagi rundingan menyelesaikan isu tersebut.