- Details
- Norraidah Awang
- Komuniti
- Hits: 876
IPOH- Lemang merupakan salah satu juadah istimewa hari perayaan yang sinonim dengan rakyat Malaysia terutama masyarakat Melayu.
Rasanya yang lemak dan manis, enak dimakan bersama rendang dan serunding itu sering menjadi buruan ramai penggemar masakan tradisi.
Justeru, permintaan tinggi terhadap lemang menjadi cetusan idea buat dua beradik Ikayazmin Zainurin 22, dan Nur Ariana Zainurin 24, untuk memilih lemang sebagai bisnes ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 733
TAPAH- Tradisi memasang panjut atau pelita hiasan amat sinonim dengan masyarakat Melayu ketika menjelang hari raya Aidilfitri. Bagaimanapun tahun ini pasti berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya berikutan penularan wabak Covid-19.
Mohd Faizal Naziri, 32, menjadikan pembuatan panjut sebagai sumber pendapatannya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 775
PARIT- Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Namun itu lah ujian yang perlu dihadapi oleh adik Mohd. Wasir Abdul Salam yang mengalami spina bifida atau kecacatan tulang belakang sejak dalam kandungan.
Bukan itu sahaja, anak kecil berusia setahun tiga bulan ini juga menghidap hydrocephalus atau lebihan cecair dalam otak serta hanya mempunyai satu buah pinggang.
Ibunya Mariana Abu, 32, berkata anak bongsu daripada empat beradik itu mula menjalani pembedahan seawal usia tiga hari bagi menutup bukaan pada tulang belakang yang bengkok. Mohd Wasir juga telah menjalani pembedahan membuang cecair di kepala seminggu selepas itu.
- Details
- Komuniti
- Hits: 808
IPOH - Koloni Karyawan Aman Jaya (PORT) meraih kutipan RM39,050 hasil penganjuran dua program iaitu Bidaan Amal Covid-19 dan Pameran Maya C19 untuk disalurkan kepada C19 Fund.
Program itu diadakan bagi membantu kira-kira 40 penggiat dan penggerak seni Perak khususnya yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Read more: PORT Anjur Dua Program Raih RM39,050 Bantu Penggiat Seni Perak
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 776
IPOH, 19 Mei - Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menjejaskan ekonomi segelintir pesara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Persatuan Pesara Majlis Bandaraya Ipoh (PERMAI) tampil menyampaikan sumbangan kepada 105 ahli pesara yang terpilih.
Dato’ Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata pemberian sumbangan itu melibatkan ahli-ahli PERMAI yang mengalami masalah kewangan ketara kesan daripada PKPB dimana mereka gagal menjalan aktiviti ekonomi seperti sebelumnya.