IPOH - Satu pusat sehenti akan diwujudkan di Taiping bagi mengatasi masalah gelandangan di Perak dan dijangka bakal beroperasi Julai ini. 

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, pusat sehenti itu akan menempatkan 20 orang gelandangan pada satu-satu masa.

IPOH – Seramai 50 orang sukarelawan telah terlibat menjayakan program gotong-royong bagi membersihkan kediaman tiga mangsa kebakaran di Taman Pengkalan Jaya (SPPK) di sini, kelmarin.

Program ini dikelolakan oleh Cawangan UMNO Pinji Selatan dan Komuniti Belia Taman Pengkalan Jaya.

Kejadian kebakaran yang berlaku pada Isnin lalu itu telah memusnahkan sebuah rumah manakala dua buah lagi mengalami kerosakan teruk.

KUALA LUMPUR - Bayi comel, Fareena Shahmina, 10 bulan, dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), 3 Jun lalu.

Melalui status di laman sosial bapanya, Faidzal Shahril, 40, berkata, tempoh pembedahan anaknya hanya mengambil masa dua jam tidak sepertimana jangkaan awalnya iaitu empat jam.

KUALA KANGSAR - Kesempitan hidup menyebabkan 10 sekeluarga terpaksa tinggal dalam keadaan sempit dan tidak selesa di sebuah rumah di Kampung Gapis, Padang Rengas, di sini.

Menurut Abdul Rahman Hassan, 50, dia tinggal bersama isteri Rosmiza Idris, 43, ayahnya Hassan Said, 74, serta empat anak perempuan dan tiga anak lelaki berusia antara 12 bulan hingga 21 tahun. 

Tinjauan mendapati, rumah berkenaan hanya mempunyai satu bilik tidur dan satu bilik air menyebabkan penghuni rumah terpaksa berhimpit selepas ruang tamu terpaksa dijadikan bilik.

IPOH  – Kebenaran bagi membuka lebih banyak premis perniagaan merupakan langkah positif untuk merancakkan kembali ekonomi yang tertangguh berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Bagaimanapun, proses sanitasi dan pembasmian kuman wajar dilakukan terlebih dahulu mengikut keperluan sebagai langkah pencegahan jangkitan wabak Covid-19.