IPOH- Selepas lebih tiga bulan melalui tahap sukar akhirnya kafe citarasa Maxico, Konda Kondi Cafe and Bistro (KKCB)kembali bersaing selepas pembukaan sektor ekonomi dibenarkan semula.

Pengarahnya, Azril Aryandi Zambri, 33, menarik nafas lega terhadap sambutan orang ramai yang masih setia berkunjung ke KKCB walaupun terpaksa akur dengan Prosedur Operasi Standard (SOP).

TAMBUN - Seramai 200 penduduk di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menerima sumbangan barangan makanan kering dan seekor ayam sempena sambutan Deepavali, di sini hari ini.

Ahli Majlis MBI, Clr. Puteri Holijah Muhamad Rali berkata, sejak tahun lalu ramai yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 dan mengalami kesempitan hidup akibat hilang perkerjaan.

IPOH- Datuk Bandar Ipoh, Dato' Rumaizi Baharin @ Md Daud memaklumkan pengurusan kewangan Majlis Bandaraya Ipoh  (MBI) berada di tahap terbaik dalam membangunkan bandar raya Ipoh.

Katanya, kesemua perbelanjaan masih berdasarkan buget dan kawalan perancangan yang ditetapkan menerusi hasil dan perbelanjaan dari Januari hingga pertengahan Oktober, 2021. 

TAIPING - Bagi memupuk kesedaran semua lapisan masyarakat dalam usaha untuk mencantikkan persekitaran kediaman serta menjaga kebersihan kawasan kejiranan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Larut Matang dan Selama (JaPenLMS) dan Pejabat Perpaduan Daerah Larut Matang dan Selama akan menganjurkan Anugerah Keceriaan Taman Perumahan MPT 2021

Yang Dipertua MPT, Khairul Amir Mohamad Zubir berkata, ia adalah acara kemuncak pada akhir tahun 2021 dan pertandingan bermula pada 1 November sehingga 21 November ini.

TAIPING - Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) telah menganjurkan Kempen Pembasmian Sampah Haram MPT 2021 bermula 20 Oktober 2021.

Yang Dipertua MPT, Khairul Amir Mohamad Zubir berkata, kempen dibawah program Local Agenda 21 (LA21) dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) menyenarai pendekkan 10 tapak sampah haram untuk dihapuskan bagi keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat.