KAMPAR: Dua beradik maut manakala tiga lagi cedera apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 310.4 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Mohamad Nazri Daud berkata mangsa Nurqalesya Adriana Jaafar, 12, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Muhammad Saiful Amry Jaafar, 9, meninggal dunia di Hospital Tapah.

IPOH: Polis menemukan seketul batu konkrit yang mempunyai kesan darah berdekatan mayat tanpa identiti yang ditemui dalam keadaan terbakar di tepi sungai, Kampung Talang Hulu di sini semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, batu konkrit itu dipercayai digunakan sebagai senjata untuk mencederakan kepala mangsa.

 IPOH- Sikap professionalisme dan etika kewartawanan ternyata mampu menangkis sebarang dakwaan kurang tepat berhubung sesuatu maklumat yang disampaikan.

Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin @Md Daud berkata media massa mempunyai kuasa mutlak dalam membuat pemilihan samada sesuatu isu itu sesuai dijadikan bahan berita yang benilai atau sebaliknya.

Ipoh- Sorotan tragedi kepala air melibatkan dua pendaki di Gunung Suku dekat Hutan Simpan Bukit Kinta lalu, semua aktiviti pendakian dan rekreasi di kawasan hutan simpan di negeri ini dihentikan sementara.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata Kerajaan negeri Perak mengeluarkan arahan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian seumpana berulang lagi kepada para pendaki mahupun pengunjung hutan lipur.

Ipoh – Ipoh Padang kini bermandi cahaya setelah projek Ipoh Heritage Tourism (IHT) secara rasminya dibuka kepada umum yang sekali gus memeriahkan sektor pelancongan di negeri Perak khususnya di bandaraya ipoh.

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad berkata pembangunan Ipoh Padang memberi pilihan tarikan baharu kepada pengunjung untuk beristirahat dan memanfaatkan komuniti perniagaan terutamanya penyedia perkhidmatan pelancongan tempatan.