- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 1103
IPOH – Seramai 20 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri Perak seperti ibu tunggal dan anggota yang mengalami masalah kesihatan menerima sumbangan bagi meringankan keperluan mereka menjelang Aidilfitri ini pada satu majlis ringkas di Mes Pegawai Kanan Polis di sini, semalam.
Turut disumbangkan ialah sebanyak 3,000 pek juadah untuk berbuka puasa yang diagih-agihkan kepada semua anggota polis negeri yang bertugas khususnya di pos-pos kawalan sekatan jalan raya (SJR).
Read more: Polis Perak terima sumbangan Persatuan India Muslim
- Details
- Komuniti
- Hits: 817
IPOH - Tiada lagi kejutan si Ayah buat anak-anaknya untuk membeli pakaian baharu pada perayaan Aidilfitri tahun ini.
Masih segar dalam ingatan Muhammad Fazrul Quezry Puat, 12, sewaktu bapanya membawa mereka sekeluarga membeli belah pakaian raya pada tahun lalu.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1621

TAIPING - Burung hud-hud, spesis binatang perikatan Nabi Sulaiman A.S, menjadi utusan pemberitahuan mengenai Puteri Balqis, ratu kaum Saba, dikenal pasti singgah membuat sarang di Taman Tasik Taiping sejak dua minggu lalu.
Yang Dipertua Majlis Pembandaran Taiping, Khairul Amir Mohamad Zubir berkata spesis burung yang jarang didapati di negara ini disedari oleh sekumpulan penggemar burung sewaktu mereka melakukan aktiviti di sekitar kawasan Taman Tasek Taiping.
Read more: Sepasang burung Hud-Hud buat sarang di Taman Tasek Taiping
- Details
- Komuniti
- Hits: 1102

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) masih belum mengeluarkan kompaun sama ada ke atas pengunjung atau peniaga sepanjang tempoh dua minggu bazar Ramadan di sekitar bandaraya ini beroperasi.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata, MBI sentiasa menjalankan pemantauan yang ketat dan melakukan spot check dari semasa ke semasa bagi memastikan semua pihak mematuhi peraturan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Read more: Bazar Ramadan sekitar Ipoh, sifar kompaun – Selepas dua minggu beroperasi
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1188
IPOH- Bayaran cukai taksiran penggal pertama yang tamat pada 28 Februari lalu akan dilanjutkan sehingga 30 April 2021 ini.
Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin berkata mana-mana pemilik pegangan yang masih belum menjelaskan bil cukai taksiran bagi penggal pertama tahun 2021 adalah digesa supaya menjelaskan bil tersebut bagi mengelakkan kenaan Notis E kelak.







