- Details
- Written by Sheqal Danish
- Category: Komuniti
- Hits: 911
IPOH - Kira-kira 30 peratus pengunjung bazar Ramadan di bandar ini di bawah kendalian Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dikesan masih gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sekali gus tidak cakna pada pematuhan yang sepatutnya diikuti.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata, kelakuan pengunjung-pengujung seperti ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan peraturan dan langkah-langkah pencegahan untuk sama-sama mengekang wabak Covid-19 diambil berat.
Read more: Masih ramai pengunjung bazar Ramadan tidak patuh SOP
- Details
- Written by Sheqal Danish
- Category: Komuniti
- Hits: 902

IPOH – Sebanyak 127 rumah penduduk yang terjejas akibat ribut dalam kejadian di Kampung Tasek, Bercham di sini Rabu lalu akan dibaiki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Perak menerusi Peruntukan khas sebanyak RM200,000 yang akan dimulakan esok oleh kontraktor yang dilantik.
Penilaian terhadap kerosakan akan dilakukan oleh pihak Pejabat Daerah dan Tanah Kinta bagi mengenal pasti jenis kerosakan.
- Details
- Category: Komuniti
- Hits: 1035
IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di bawah MBI Prihatin menganjurkan program pemilihan pakaian raya bagi berkongsi kegembiraan Aidilfitri bersama 70 anak-anak kurang bernasib baik dari dua buah rumah anak yatim dan miskin di bandaraya Ipoh, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam MBI, Mohd Syahrizal Azmi berkata, pada kali ini MBI memilih Pertubuhan Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Al-Harraz dan Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim dan Miskin Ipoh untuk menerima sumbangan tersebut.
- Details
- Category: Komuniti
- Hits: 1114
IPOH – Sempena Ramadan ini, SLT Construction Sdn Bhd dan SLT Woodwork Sdn Bhd mengambil inisiatif menyumbangkan empat set rak rehal kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di sini, semalam.
Sumbangan diserahkan Pengarah syarikat berkenaan, Mustafa Rahadi kepada Timbalan Pengarah Jaipk, Harith Fadzilah Abd Halim dan Pengurus Unit Pembangunan Ummah Maipk, Fairuz Zahri.
- Details
- Written by Sheqal Danish
- Category: Komuniti
- Hits: 1214
IPOH - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan pemilik premis untuk menukar nama pemilik akaun (pengguna berdaftar) kepada nama penyewa premis melalui proses Change of Tenancy (COT) agar penyewa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bil elektrik.
Dengan melakukan pertukaran nama akaun, pemilik premis dapat mengelak daripada menanggung tunggakan bil elektrik yang ditinggalkan penyewa sekiranya berlaku.
Read more: Pemilik premis disaran tukar nama elak tanggung bil elektrik







