- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1037
IPOH- “Sumbangan ini sangat besar ertinya kepada saya kerana dapat mengurangkan bebanan perbelanjaan menjelang bulan puasa tahun ini," kata Suriani Ismail, 38, salah seorang dari keluarga asnaf yang terpilih menerima sumbangan sempena Ramadan.
Kisah sedih kehidupan Suriani bersama lima orang anaknya yang menetap di Kampung Tanggong, Silibin mendapat perhatian dari pihak pasar raya Econsave.
Suriani terpaksa meneruskan kehidupan membesarkan lima orang anaknya termasuk sepasang kembar lelaki berusia satu tahun empat bulan.
“Suami saya masih dalam rawatan di Pusat Pemulihan Serenti Serendah setahun yang lalu. Saya hanya menjalankan perniagaan menjual telekung secara atas talian dan pendapatan tidak menentu manakala sewa rumah pula RM400 sebulan.
“Walau bagaimanapun anak kembar saya mendapat bantuan dari Baitumal sebanyak RM400 dan RM900 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bantuan yang diterima dapatlah menampung keperluan sewa rumah dan perubatan anak kembar saya.
“Anak kembar saya masih mendapat rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) di mana seorang mengidap jantung berlubang dan seorang lagi saluran jantung yang sempit dan menggunakan bateri sebagai alat bantuan," katanya.

Pengurus Besar Utara 2, Econsave, Chua Yong Chiang berkata, sumbangan ini adalah Program Ziarah Kasih yang bermatlamat membantu golongan kurang bernasib baik bersempena kedatangan bulan Ramadan tahun ini.
“Pihak pengurusan mengeluarkan dana terkumpul dari Projek Bakul Rezeki, Econsave untuk diagihkan kepada dua keluarga terpilih. Sumbangan berbentuk barangan keperluan harian ini berjumlah RM500 untuk setiap seorang.
“Selain itu program ini adalah program tanggung jawab sosial korporat (CSR) Econsave yang telah lama dijayakan. Kami akan meneruskan program seumpama ini bagi membantu golongan yang tidak bernasib baik tanpa mengira bangsa dan agama”, katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada Suriani Ismail, di Kampung Tanggong, Silibin, di sini, baru-baru ini.
Seorang lagi penerima bantuan, Haslina Azmi, 44, yang juga ibu tunggal, tinggal bersama empat orang anak di Kampung Sungai Tapah Tambahan, Manjoi. Mereka sekeluarga hilang tempat bergantung sejak kematian suami kira-kira tiga tahun lalu akibat kemalangan jalan raya.
“Saya rasa terharu di atas sumbangan dari pihak Econsave. Ini adalah rezeki anak-anak saya sempena bulan Ramadan tahun ini. Sumbangan ini boleh bertahan lebih dari empat bulan dan sangat membantu meringankan perbelanjaan harian saya. Terima kasih, Econsave”, katanya yang bekerja sebagai pembantu am di sebuah Tadika berhampiran rumahnya dengan pendapatan sebanyak RM150.00 sebulan.
Hadir sama Pengurus Cawangan Jelapang, Shah Effendy Rosman dan beberapa orang kakitangan Econsave.

- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 2009
IPOH – Masjid India Muslim Ipoh di sini akan meneruskan tradisi sejak 80 tahun lalu iaitu menyediakan bubur lambuk sepanjang bulan Ramadan nanti untuk diagihkan kepada warga bandaraya ini sebagai juadah berbuka puasa.
Pengerusi Masjid India Muslim Ipoh, Shaik Mujiburrahman Mohd Yuusoff berkata, apa yang istimewa ialah ia juga menjadi satu-satunya masjid di bandaraya ini menyediakan bubur lambuk daging kambing yang dimasak bersama lebih 16 jenis rempah ratus.
Read more: Masjid India Muslim pertahankan tradisi masak bubur lambuk
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1622
IPOH- Golongan B40 dan M40 berpeluang memiliki rumah kos rendah dan mampu milik selaras dengan hasrat kerajaan mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, projek D’ Nusa Kayangan di bawah skim Rumah Perakku dapat membantu golongan sasaran memiliki kediaman sendiri.
Read more: Mimbar Nusantara Home tawar harga hartanah paling terendah di Perak
- Details
- Komuniti
- Hits: 1700
IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyokong inisiatif yang dilaksanakan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Klebang Selatan dalam usaha memperkasakan ekonomi bagi menjana pendapatan alternatif melalui pembukaan Pusat Pemprosesan dan Jualan Kerepek Ubi Kayu di sini.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata, pelaksanaan pusat pemprosesan dan jualan itu adalah hasil bantuan daripada Pusat Alam Sekitar Global (GEC) dan Yayasan Hasanah serta kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) 2020.
- Details
- Komuniti
- Hits: 976
IPOH – Penggemar aplikasi Tik Tok boleh mempamerkan bakat terpendam masing-masing sempena kempen mencari calon ‘BintangMU’ yang dianjurkan Hotel MU mulai 16 April ini hingga 10 Mei depan.
Mereka yang berminat untuk menyertai kempen ini, perlu merakam video berserta hidangan yang disajikan di MUnch Café yang terletak di Aras M hotel berkenaan serta memuat naik di aplikasi Tik Tok.
Read more: Hotel MU Ipoh anjur Tik Tok KempenMU – Mencari calon ‘BintangMU’







