IPOH – Siapa yang tidak mengenali Datuk M. Nasir, insan seni yang mencipta nama bermula dari bawah dengan bersandarkan bakat, kreativiti dan keistimewaan dalam bidang pengkaryaan dengan menghasilkan lagu-lagu hebat.

Sepanjang 40 tahun dalam bidang seni, beliau juga telah melahirkan ramai bakat-bakat hijau yang kemudian menggungguli dalam bidang seni suara seperti kumpulan Spider dan bintang rancangan realiti, Mawi.

IPOH – Pandemik Covid-19 yang melanda dunia menyaksikan impak besar secara langsung kepada semua industri di negara ini termasuklah industri hiburan.

Seniman Datuk M Nasir berkata, ramai orang sedang mencari jalan keluar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi akibat terkesan dalam era pandemik tersebut.

 

Ipoh- Pencinta kraftangan seramik julung kali berpeluang menyaksikan pameran ‘Indahnya Dunia Seramik’ yang sedang berlansung di Rumah Tradisional Labu Sayong, Bandar Meru Raya,Ipoh.

Ketua Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa berkata pameran seramik ini diadakan secara fizikal bagi para peminat seramik menghayati seni seramik komtemporari dan kreatif di kalangan anak tempatan.


IPOH – Mereka yang ingin berhijrah mungkin boleh mempertimbangkan untuk memilih negeri Perak kerana memiliki sumber bekalan yang banyak dan terbaik kerana empat daripada 10 batang sungai paling bersih di Malaysia adalah terletak di negeri ini.

Paling terbersih ialah Sungai Tapah yang mengalir ke lembangan Sungai Perak diikuti Sungai Licin di Beruas, Sungai Manong (Kuala Kangsar) serta Sungai Nyior (Larut Matang).

IPOH - Program Info On Wheels (IOW) yang digerakkan Jabatan Penerangan Perak menyasarkan 90 peratus Orang Asli di negeri ini untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin Covid-19.

Pengarahnya, Mohd Taip Ubah berkata, program ini akan dimulakan di Kampung Sungai Karah, Lenggong esok sebelum diteruskan di Kampung-kampung Orang Asli di seluruh negeri ini.