- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 1517
BATU GAJAH - Kira-kira 1,000 keping baucer bernilai RM50 dan 500 keping baucer bernilai RM30 ditawarkan melalui Travel Voucher #TravelPeraklah bakal dinikmati pelancong yang melancong ke Perak.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 1088
IPOH - Tempat membeli belah popular, Gerbang Malam kembali beroperasi setelah tiga bulan ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, masyarakat tidak perlu berasa bimbang kerana semua Prosedur Operasi Standard (SOP) telah diperketatkan bagi menjamin keselamatan semua pihak.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 1018
TAIPING - Zoo Taiping dan Night Safari (ZTNS) menerima 615 pengunjung selepas dibuka semula semalam.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, jumlah itu menunjukkan perkembangan terbaik kepada sektor industri pelancongan di Perak selepas lebih tiga bulan ditutup akibat krisis wabak Covid-19 yang melanda negara.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 1165
IPOH - Lebih 500 orang pengunjung terhibur menyaksikan gelagat haiwan-haiwan di Petting Zoo, Lost World Of Tambun (LWOT) yang mula beroperasi pada hari ini.
Kelainan gelagat haiwan-haiwan tersebut yang teruja dengan kehadiran semula pengunjung-pengunjung jelas kelihatan setelah lebih tiga bulan LWOT ditutup disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 Mac hingga 10 Jun lalu.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 873
TAIPING - Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) akan beroperasi semula pada 15 Jun ini mengikut pembudayaan norma baharu dan tatacara Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Yang Dipertua Majlis Bandaraya Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir berkata, persediaan yang rapi serta penambahan SOP telah diperhalusi bagi memastikan pengunjung sentiasa berada didalam keadaaan yang selamat bagi mengelakkan penularan wabak pandemik Covid-19.