- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 69
Bagi pengunjung yang menginap di Weil Hotel, Ipoh, pengalaman bersantai di The Deck Gastrobar yang terletak di puncak bangunan pasti menjadi pilihan utama.
Beroperasi setiap hari kecuali Ahad dari jam 4.00 petang hingga 1.00 pagi, kafe ini mampu memuatkan antara 80 hingga 100 orang dalam satu masa.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 101
Terletak di pusat bandar Ipoh, WEIL Hotel bukan sekadar penginapan mewah, tetapi juga perintis dalam kelestarian perhotelan.
Sejak dibuka pada 2014, hotel lima bintang ini kekal sebagai pilihan utama pelancong tempatan dan antarabangsa yang mengutamakan keselesaan, kemudahan moden, dan hospitaliti bertaraf tinggi.
Daya tarikan utama hotel ini terletak pada konsepnya yang menggabungkan kemewahan dengan nilai-nilai kelestarian.
Setiap bilik direka untuk memberikan keselesaan optimum dengan katil bersaiz king dan dua katil bujang, tab mandi moden, air minuman bertapis yang dijamin kebersihannya dan mini bar percuma.
Selain itu, WEIL Hotel menekankan kelestarian melalui amalan mesra alam seperti penggunaan linen tanpa peluntur di tingkat 12, sistem penapisan air di setiap bilik bagi mengurangkan botol plastik, serta penggantian plastik pelapik tong sampah dengan kertas mesra alam.
Kemudahan bertaraf antarabangsa melengkapkan pengalaman penginapan, termasuk kolam renang infiniti di rooftop dengan pemandangan menakjubkan bandar Ipoh dan bukit batu kapur.
Lebih menarik, tetamu hotel mendapat akses terus ke Ipoh Parade, menjadikan lokasi ini sempurna untuk mereka yang ingin bersantai atau berbelanja tanpa perlu pergi jauh.
Salah satu keistimewaan WEIL Hotel adalah Tingkat 12 atau Concept Floor, yang menawarkan empat tema bilik eksklusif antaranya:
Summer Bliss Concept, berinspirasikan suasana musim panas dengan dekorasi kehijauan, kemasan lantai menyerupai pasir pantai, serta dilengkapi tab mandi untuk keselesaan maksimum.
Brewster Concept, mengangkat elemen kolonial Inggeris dengan kemasan marmar elegan, membangkitkan aura klasik era penjajahan.
Miners Concept, mencerminkan kegemilangan industri perlombongan di Perak, diinspirasikan dengan rekaan Oriental dan klasik Cina yang menghiasi dekorasi bilik ini.
Telegraf Concept, mengabadikan era perkembangan komunikasi dengan elemen dekorasi berinspirasikan era eklektisme Soho 1920-an.
Concept Cosy pula dilengkapi dengan tab mandi, termasuk Summer Bliss, Brewster, Miners, dan Telegraph.
Terdapat juga Concept Studio yang dilengkapi dengan Jacuzzi, seperti Summer Bliss dan Brewster, serta Concept Suite yang bertemakan Brewster, Summer Bliss, dan Miners.
Selain itu, tetamu di tingkat ini juga menikmati akses penuh ke The Concept Lounge, yang menyediakan minuman dan hidangan ringan dari pukul 7.00 pagi hingga 10.30 malam, termasuk minum petang eksklusif dari jam 5.00 petang hingga 7.00 petang.
Kemudahan Lengkap untuk Pengembara dan Korporat
WEIL Hotel bukan sahaja destinasi percutian, malah lokasi ideal untuk urusan perniagaan. Executive Suite yang luas dilengkapi ruang mesyuarat, menjadikannya pilihan utama untuk perbincangan eksklusif.
Pelbagai jenis bilik, termasuk superior, deluxe, dan premier, ditawarkan untuk memenuhi keperluan berbeza tetamu dari segi kemudahan dan bajet.
Bagi yang memerlukan ruang kerja fleksibel, Coworking Space @ WEIL di tingkat satu menyediakan suasana yang kondusif dengan capaian internet berkelajuan tinggi.
Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan dobi layan diri bagi kemudahan tetamu yang menginap lebih lama.
Perintis Kelestarian di Perak
WEIL Hotel mencatat sejarah sebagai hotel pertama di Perak yang mengubah sisa makanan menjadi kompos organik. Inisiatif ini bukan sahaja mengurangkan pembaziran tetapi juga meletakkan hotel ini sebagai peneraju dalam hospitaliti hijau.
Hotel ini juga menghapuskan penggunaan plastik sekali guna, menggantikan kelengkapan mandian dengan produk mesra alam, serta melaksanakan sistem pengurusan sisa yang mampan.
Langkah-langkah ini menjadikan WEIL Hotel antara perintis dalam industri perhotelan yang mengutamakan kelestarian alam sekitar.
Sajian Premium di Tiffin Restaurant
Memulakan hari di Tiffin Restaurant bukan sekadar menikmati hidangan enak, tetapi juga merasai suasana elegan dengan layanan mesra. Menyajikan hidangan halal dan BeSS certified, restoran ini menawarkan bufet dan pilihan ala carte yang menggabungkan masakan antarabangsa dan tempatan.
Dengan pelbagai pilihan menu mewah, lazat, sihat, dan segar, setiap hidangan pasti memenuhi selera pengunjung.
Bagi pencinta hidangan premium, bufet makan tengah hari dan makan malam di sini menawarkan lebih daripada sekadar kepelbagaian. Menampilkan masakan panas ala Teppanyaki, seafood grill, serta hidangan seperti warung nasi ayam, warung mi kari, dan banyak lagi, setiap hidangan dimasak segar secara langsung oleh chef berpengalaman.
Aroma daging panggang dan makanan laut segar yang dimasak mengikut cita rasa pelanggan menjadikan pengalaman makan di sini sesuatu yang luar biasa dan membangkitkan selera.
Kesempurnaan dalam Hospitaliti
Dari kemewahan penginapan hingga ke inisiatif kelestarian, WEIL Hotel membuktikan komitmennya dalam menawarkan pengalaman terbaik kepada para tetamu.
Dengan layanan mesra serta kemudahan serba lengkap, hotel ini terus mengukuhkan reputasinya sebagai simbol hospitaliti bertaraf tinggi di bandar raya Ipoh.
Bagi yang mendambakan gabungan kemewahan, keselesaan, dan kelestarian, WEIL Hotel bukan sekadar tempat bermalam, tetapi sebuah destinasi yang menjanjikan kenangan yang tidak akan dilupakan, seperti yang diimpikan. -PERAKTASTIC-
- Details
- Saloma
- Pelancongan
- Hits: 626
IPOH: Kurang beberapa minggu lagi, Perak bakal menjadi tumpuan ramai susulan Tahun Melawat Perak 2024 (TMP2024).
Tidak dinafikan, jika bukan kerana TMP sekali pun, negeri ini yang dilimpahi banyak khazanah dan keunikan sering dilawati pelancong dalam dan luar negara.
Read more: Hitung detik Tahun Melawat Perak: Adakah Perak sudah bersedia?
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 1134
Penginapan yang selesa dan berberbaloi menjadi keutamaan selain pelbagai kemudahkan ditawarkan.
Hotel Travelodge Ipoh, antara hotel yang sedang menjadi tumpuan dan pilihan pelancongan yang bercuti di bandaraya Ipoh.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 761
Mungkin kita tidak menyedari di sebalik hiruk-pikuk bandaraya Ipoh, tersembunyi sebuah penginapan mewah, ekslusif dan privasi.
Peluang menginap di Chief’s Villa Floating Chalet, Lost World Of Tambun (LWOT) seumpama sebuah syurga belantara dikelilingi tasik memberi pelbagai inspirasi.
Read more: Villa Terapung, inspirasi pencinta alam semula jadi!