Lumut- Persidangan Pelancongan Marine Antarabangsa 2022 (PIMTC22) berjaya kenal pasti pelbagaikan permasalahan yang dihadapi oleh para pengusaha marin mahupun pelayar-pelayar antarabangsa.

Presiden Persatuan Pelancong Negeri Perak, Dato’ Mohd. Odzman Abdul Kadir berkata PIMTC2022 merupakan titik permulaan sebagai penyelamat kepada industri pelancongan marin negara khususnya di negeri Perak.

 

Lumut- Persidangan Pelancongan Marine Antarabangsa 2022 (PIMTC22) selain memperlihatkan potensi ‘blue economy’, ia juga memperkenalkan sektor pelancongan marin nautika yang bakal menaikkan nama Lumut dan Pulau Pangkor sebagai destinasi pelancongan utama negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Pelancongan Negeri Perak, Dato’ Nolee Ashilin Dato’ Mohd Radzi berkata menerusi PIMTC22 membuka peluang kerjasama para pengusaha marin tempatan dengan pelayar-pelayar antarabangsa bagi mewujudkan pelbagai rangkaian yang memberi manfaat kepada semua pihak.

 

IPOH- Perak merupakan negeri pertama bakal memperkenalkan produk pelancongan baharu mesra muslim bagi menarik lebih ramai pelancongan muslim terutamanya dari negara Timur Tengah.

 Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Pelancongan Negeri Perak, Dato’ Nolee Ashilin Dato’ Mohamed Radzi berkata menerusi Seminar Pelancongan Masjid, Taklimat Muslim-Friendly Accommodation Recognition (MFAR) dan Muslim-Friendly Tourism (MFT) yang telah berlangsung sehari itu, memberikan pendedahan kepada pengusaha hotel terutama yang berdaftar di bawah Malaysia Association Hotel (MAH) dalam membantu mempromosikan produk dan pakej pelancongan negeri Perak oleh Islamic Tourism Centre (ITC).

IPOH-  Saudi Tourism Authority (STA) Asia Tenggara, melangsungkan Bengkel Destinasi bagi memperkenalkan beberapa produk pelancongan Arab Saudi seterusnya merialisasikan sasaran 100 juta pelancong ke negara itu menjelang 2030.

Pengurus Negara Asia Tenggara STA, Shalin Ahmad berkata objektif penganjuran bengkel tersebut memberikan informasi lengkap kepada para agensi pelancongan tentang destinasi umrah ziarah dan  syarat kemasukan ke negara Arab Saudi dengan menggunakan visa pelancong.

IPOH- Trend berkonvoi dengan motosikal kini menjadi kegemaran bukan sahaja melibatkan golongan kelas pertengahan malah menjadi hobi dan keseronokan golongan lebih berkemampuan.

Menyedari hakikat itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Dato’ Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata Kerajaan Negeri menerusi Tourism Perak hari ini melancarkan risalah Perak Bikers Trail sebagai inisiatif memeriah dan memperkenalkan lebih dekat produk-produk pelancongan menarik di negeri Perak.

IKLAN PERNIAGAAN